Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

APMM Pulau Pinang tahan kapal berlabuh tanpa kebenaran


Tarikh kemaskini: 17/11/2019





GEORGE TOWN, 17 Nov -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan sebuah kapal pengangkut pukal dari negara luar di kedudukan 6.9 batu nautika dari Barat Laut Pulau Betong, dekat sini kerana berlabuh tanpa kebenaran, semalam.

Pengarahnya Kept Maritim Hamizan Harun berkata kapal dengan nama pendaftaran ‘NASHICO 08’ sepanjang 97 meter yang didaftarkan di Vietnam itu ditahan pukul 8.15 malam oleh bot peronda APMM selepas berada dalam keadaan mencurigakan.

"Pemeriksaan di atas kapal itu mendapati terdapat 15 kru warga Vietnam termasuk seorang nakhoda bersama dua kru warga India. Selepas pemeriksaan mereka didapati gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh daripada Ketua Pengarah Jabatan Laut serta tanpa sebarang pemakluman kecemasan," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata berikutan itu semua lelaki berusia 21 hingga 60 tahun tersebut ditahan untuk siasatan lanjut dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 491B(1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana bersauh tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Laut.

Menurutnya orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian menyalahi undang-undang, kecemasan atau kemalangan di laut boleh menghubungi talian kecemasan 24 jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi APMM Pulau Pinang di talian 04-2626146 atau 04-2643650.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel