Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

SAM tuntut penjelasan MBPP, pihak berkuasa tempatan mengenai kerja-kerja tanah di Mount Erskine


Tarikh kemaskini: 18/11/2019




GEORGE TOWN, 18 Nov -- Pertubuhan Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan pihak berkuasa tempatan memberi penjelasan berhubung kerja-kerja pembersihan tanah dan projek menarah bukit yang sedang dijalankan di kawasan lereng Mount Erskine berhampiran dengan pangsapuri kediaman apartment di Tanjung Tokong dekat sini.

Presidennya Meenakshi Raman dalam satu kenyataan berkata bahagian penting pembersihan bukit itu melibatkan kawasan lereng melebihi 75 meter dengan kecerunan lebih 25 darjah.

“Dasar negeri di bawah Pelan Struktur Pulau Pinang adalah untuk melindungi kawasan bukit dan tidak membenarkan kerja-kerja pembersihan tanah di atas kawasan yang melebihi 76.2 meter atau cerun yang melebihi 25 darjah, dan oleh kerana ini adalah tanah awam, kami amat bimbang dengan kerja-kerja yang sedang dijalankan,” katanya.

Beliau turut menyuarakan kebimbangan mengenai kemungkinan bencana memandangkan banyak bahagian cerun itu terdedah dan boleh mengakibatkan pergerakan tanah, terutama semasa musim hujan.

“Kami amat bimbang mengenai kemungkinan berulang tragedi tanah runtuh seperti di Bukit Kukus di Paya Terubong sebelum ini yang mengakibatkan kematian pekerja yang sedang bekerja di kawasan berkenaan,” katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel