Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan lelaki aktif edar dadah di hotel bajet


Tarikh kemaskini: 18/11/2019





SUNGAI PETANI, 18 Nov -- Polis menahan seorang peniaga pasar malam dipercayai aktif mengedar dadah di hotel bajet dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM18,000 dalam satu serbuan di Gurun, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Adzly Abu Shah berkata suspek berusia 30 tahun itu ditahan kira-kira 3.30 pagi di sebuah hotel bajet.

“Suspek didapati memiliki beberapa paket dadah jenis syabu seberat 2.45 gram yang dianggarkan bernilai RM367 di bilik hotel tersebut. Rentetan itu, anggota dibawa ke rumah suspek dan menemui dadah heroin seberat 450 gram yang dianggarkan bernilai RM18,000, turut ditemui wang tunai RM505 yang kemudian kita sita untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Adzly berkata suspek dipercayai menjalankan aktiviti pengedaran sejak dua bulan lepas dengan modus operandinya membawa paket kecil dadah ke hotel bajet yang disewa pada sebelah malam sebelum diedar kepada penagih sebagai taktik mengelak dikesan polis.

“Semakan daftar masuk hotel mendapati tiga hingga empat kali suspek bermalam di hotel itu dengan tujuan pengedaran,” katanya menambah ujian saringan air kencing mendapati suspek positif methamphetamine dan direman tujuh hari bermula 16 Nov untuk siasatan.

Sementara itu, Adzly berkata polis sedang menjalankan siasatan terhadap 10 lagi individu dan tidak menolak kemungkinan beberapa lagi suspek akan didakwa di mahkamah berhubung kebakaran sebuah kilang di kawasan perindustrian Bakar Arang, di sini, April lepas.

Katanya sehingga kini, 13 individu sudah ditahan dan tiga daripadanya telah didakwa di Mahkamah Sesyen Sungai Petani di sini, semalam atas pertuduhan melakukan khianat dengan api untuk menyebabkan kebinasaan sebuah kilang.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PH tidak tolak hasil kajian berbentuk ilmiah dan membina - Muhyiddin

 
     

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel