Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ahli Parlimen Pasir Puteh patah pergelangan kaki kanan dalam kemalangan di Tapah


Tarikh kemaskini: 18/11/2019





IPOH, 18 Nov -- Ahli Parlimen Pasir Puteh Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh patah pergelangan kaki kanan selepas terlibat dalam satu kemalangan di KM 350 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, dekat Tapah, hari ini,

Ketua Polis Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu, kereta Mercedes Benz yang dinaiki Ahli Parlimen itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas merempuh besi penghadang jalan.

Beliau berkata kemalangan itu melibatkan dua mangsa iaitu Ahli Parlimen berkenaan bersama seorang lagi lelaki yang memandu kenderaan terbabit, dikenali sebagai Mohamad Zuraihan Abdul Wahad, 28.

Bagaimanapun, Nik Muhammad Zawawi, 52, yang duduk di bahagian penumpang telah dibawa ke Hospital Slim River untuk menerima rawatan lanjutan.

Wan Azharuddin berkata difahamkan Nik Muhammad Zawawi yang juga Ketua Dewan Ulama PAS itu dalam perjalanan dari Perlis menuju ke Parlimen, di ibu negara.

"Kenderaan yang terbabit kemalangan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah untuk pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) dan kes berkenaan diklasifikasikan mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Terdahulu jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu sebelum sepasukan Balai Bomba dan Penyelamat Bidor bergegas ke lokasi kejadian.

 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     

P. Pinang catat 384 kes rogol dari tahun 2014 hingga 2018

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel