Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kanak-kanak warga Singapura ditemukan lemas dalam kolam kapal persiaran


Tarikh kemaskini: 19/11/2019





LANGKAWI, 18 Nov -- Seorang kanak-kanak lelaki warga Singapura ditemukan mati lemas di dalam kolam sebuah kapal persiaran yang sedang berlabuh di Jeti Star Cruise di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Mohd Iqbal Ibrahim berkata kanak-kanak itu, Heng Kai Lun Alan, 10, bersama ibu serta seorang rakan ibunya sedang bercuti di dalam kapal itu yang baru tiba di sini dari Singapura petang tadi, sebelum dijadual berlepas ke Phuket, Thailand malam ini.

Beliau berkata anggota polis Balai Padang Matsirat menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 7.30 petang mengenai kejadian lemas yang melibatkan seorang kanak-kanak di kolam mandi di atas kapal persiaran itu.

“Hasil siasatan awal mendapati kanak-kanak itu dipercayai lemas ketika mandi bersendirian di dalam kolam di atas kapal persiaran berkenaan. Ketika kejadian terdapat ‘pool attendant’ dan ramai pengunjung lain juga sedang mandi, namun mereka gagal untuk menyelamatkan kanak-kanak itu.

“Polis telah merakam percakapan saksi serta ‘pool attendant’ itu untuk membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Mohd Iqbal berkata mayat kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Sultanah Maliha Langkawi untuk tindakan lanjut, dan kapal persiaran mewah yang membawa 3,000 penumpang termasuk anak kapal itu telah meneruskan pelayaran ke Phuket pada pukul 10.30 malam.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel