Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sabah perlu kaji potensi Kinarut untuk dinaiktaraf sebagai daerah kecil


Tarikh kemaskini: 19/11/2019





KOTA KINABALU, 19 Nov -- Kerajaan Sabah perlu melihat dan mengkaji potensi Kinarut sebagai daerah kecil, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Kawang Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar.

Beliau berkata  ini berikutan kawasan itu yang  terletak di pinggir bandaraya Kota Kinabalu  memenuhi kriteria asas selain ia dilimpahi pelbagai transformasi ekonomi menerusi pembangunan pesat termasuk perindustrian, pusat komersil dan perumahan.

Beliau berkata pembangunan pekan baharu Kinarut atau menaik tarafnya sebagai daerah kecil juga diyakini mampu membawa impak ekonomi signifikan dalam jangka masa panjang apatah lagi kini banyak projek mega bakal mengubah landskap pembangunan kawasan itu termasuk projek pusat peranginan dan pelancongan KK Resort City di Teluk Kinarut.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Belanjawan 2020 Sabah pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, hari ini.

Ghulam Haidar berkata Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar Sabah pada tahun ini telah dan sedang melaksanakan kerja-kerja pembangunan infrastruktur dan prasarana asas di tujuh pekan baharu antaranya Pulau Banggi, Kudat; Paitan, Beluran; Sukau, Kinabatangan; dan Sook, Keningau.

Program itu juga akan diteruskan dengan pembangunan awal dua lagi pekan baharu pada tahun depan iaitu Kalabakan, Tawau; dan Gum-Gum di Sandakan, katanya.

“Justeru, saya ingin mengesyorkan kepada kerajaan negeri untuk mempertimbang cadangan ini (membina pekan baharu atau menaiktaraf Kinarut sebagai daerah kecil) secara positif,” katanya.

Persidangan DUN Sabah disambung esok.

 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel