Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

35 rumah atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Bungaya, Sandakan


Tarikh kemaskini: 20/11/2019





SANDAKAN, 20 Nov -- Sebanyak 35 rumah musnah dalam kebakaran sekitar tengah malam tadi di sebuah perkampungan atas air di Kampung Bungaya, Batu Sapi dekat sini.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Pusat Gerakan Operasi JBPM negeri menerima panggilan kecemasan pada 12.40 malam dan sepasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan bergegas ke tempat kejadian kira-kira 22km dari balai berkenaan.

"Operasi melibatkan kawasan terjejas seluas 1.5 ekar (0.6 hektar) dan kebakaran dapat  dikawal pada 2.35 pagi dan tamat sepenuhnya pada 5.19 pagi.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca serta anggaran kerugian dalam siasatan," menurut kenyataan itu.

Dalam operasi tersebut, seorang anggota Rela tidak sedarkan diri semasa menjalankan tugas mengawal keadaan dan telah diberi rawatan awal oleh anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke Hospital Duchess of Kent di sini dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel