Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Empat pusat tahanan sementara di Sabah sesak


Tarikh kemaskini: 20/11/2019





KOTA KINABALU, 20 Nov  -- Jumlah tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah melebihi 7,000 orang setakat 8 Nov lepas, menyebabkan semua empat pusat tahanan sementara (PTS) di negeri ini sesak, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Bagaimanapun, beliau berkata operasi menjejaki warga asing masih diteruskan dengan sebanyak 6,018 operasi bersepadu dijalankan oleh agensi penguatkuasaan termasuk Majlis Keselamatan Negara, negeri Sabah, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESScom) dan Polis Diraja Malaysia.

"Kerajaan negeri sedar masalah PATI tidak mampu dibendung sepenuhnya dengan menggunakan kaedah tangkap dan usir semata-mata. Oleh itu perlu ditegaskan bahawa usaha membendung kebanjiran PATI tidak mampu dicapai dengan sekelip mata," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Bolkiah Ismail (Warisan-Pitas) yang ingin tahu usaha kerajaan menangani kebanjiran PATI di Sabah serta jumlah yang sedang ditahan di PTS ketika ini.

Empat PTS yang terdapat di Sabah adalah di Papar, Kota Kinabalu dan Sibuga di Sandakan serta Tawau.

Mohd Shafie berkata seramai 9,419 PATI telah dihantar pulang ke negara asal melibatkan 80 penghantaran dari Januari sehingga 8 Nov lepas.

“Bagi menyeragamkan kepelbagaian dokumen yang dimiliki warga asing di Sabah, pelaksanaan Pas Sementara Sabah kepada pemegang IMM13, kad burung-burung dan sijil banci akan dilaksanakan berkuat kuasa pada 1 Jun tahun depan," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Shafie berkata bilangan pemegang IMM13 di Sabah ialah seramai 51,645, sijil banci (47,518) dan kad burung-burung (36,892) bagi tempoh 26 Nov 2015 hingga Jun 2016.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     

Nelayan hilang ditemui lemas di Kuala Dungun pagi ini - bomba

 
     

Pekan Rantau Panjang kembali pulih

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel