Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

21,426 terima bantuan am, bantuan anak yatim di Sabah setakat September lepas


Tarikh kemaskini: 20/11/2019




KOTA KINABALU, 20 Nov -- Sebanyak 21,426 orang telah menerima Bantuan Am dan Bantuan Anak Yatim di Sabah bagi tempoh Januari sehingga September lepas, membabitkan peruntukan berjumlah RM3,824,225, kata Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Norazlina Arif.

Katanya daripada jumlah itu, seramai 19,066 orang menerima Bantuan Am manakala 2,360 orang lagi menerima Bantuan Anak Yatim.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar  (PH-Kawang) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini hari ini, yang bertanya jumlah penerima dan peruntukan bagi Bantuan Am di Sabah pada tahun ini.

Norazlina berkata kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM46 juta untuk melaksanakan program Bantuan Am dan Bantuan Anak Yatim sepanjang 2019.

“Selain daripada bantuan itu, kerajaan Persekutuan juga memperuntukkan sebanyak RM144,857,580 untuk melaksanakan enam bantuan lain iaitu Bantuan Orang Tua, Bantuan Oku Tidak Berupaya Bekerja, Elaun Pekerja Cacat, Bantuan Kanak-kanak, Bantuan Anak Pelihara serta Bantuan Pesakit dan Oku Terlantar,” katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Nelayan hilang ditemui lemas di Kuala Dungun pagi ini - bomba

 
     

Pekan Rantau Panjang kembali pulih

 
     

Pesta Pulau Pinang sasar 500,000 pengunjung

 
     

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel