Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan Sabah minta kelonggaran guna bot hantar PATI


Tarikh kemaskini: 20/11/2019





KOTA KINABALU, 20 Nov -- Kerajaan negeri Sabah berharap Kementerian Pengangkutan akan memberi kelonggaran untuk menentukan jenis bot yang bersesuaian bagi melancarkan proses penghantaran pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara asal selepas perkhidmatan feri dari Sandakan ke Zamboanga dihentikan sementara waktu.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata ia merupakan bidang kuasa kementerian itu untuk memberi kebenaran bot yang boleh digunakan kerana mempunyai peraturan-peraturan tertentu yang perlu dipatuhi termasuk faktor keselamatan.

"Saya telah meminta kelonggaran kepada menteri berkenaan, Anthony Loke supaya memberi sedikit kelonggaran buat sementara waktu kerana kita tidak mempunyai bot yang bersesuaian seperti mana yang dikehendaki oleh peraturan seperti yang telah termaktub dalam perjanjian antarabangsa," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah, di sini hari ini.

Mohd Shafie berkata pembatalan operasi feri itu telah menyebabkan proses penghantaran PATI tertangguh.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Bolkiah(Pitas-Warisan) yang ingin tahu jika perkhidmatan feri itu menganggu proses penghantaran PATI yang kini mencecah hampir 7,000 di empat Pusat Tahanan Sementara (PTS) di Sabah.

 --BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel