Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sarawak warta sejuta hektar tanah sebagai kawasan dilindungi sepenuhnya


Tarikh kemaskini: 20/11/2019




KUCHING, 20 Nov  -- Sarawak berhasrat untuk terus memberi keutamaan terhadap  usaha pemuliharaan, dengan sejuta hektar tanah akan diwartakan sebagai kawasan dilindungi sepenuhnya menjelang tahun 2020.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata sehingga hari ini, Sarawak telah mewartakan tanah seluas  0.82 juta hektar sebagai kawasan dilindungi sepenuhnya.

Ini, katanya, termasuk taman negara, rizab semula jadi dan santuari hidupan liar, bagi tujuan pemuliharaan flora dan fauna serta habitat, di samping aktiviti rekreasi, pendidikan dan ekopelancongan.

“Sebagai tambahan, kami turut mewartakan kawasan seluas 1.24 juta hektar sebagai kawasan dilindungi sepenuhnya meliputi badan air atau perairan wilayah.

“Di bawah Dasar Penggunaan Tanah Negeri, sektor perhutanan juga diperuntukkan dengan kawasan seluas enam juta hektar bagi tujuan Estet Hutan Kekal,” katanya ketika beruap pada majlis ‘Bicara Hutan - Perjalanan 100 Tahun’ di sini hari ini.

Awang Tengah berkata menerusi pengurusan hutan lestari yang mantap, sebanyak 63 peratus atau  7.8 juta hektar tanah di Sarawak masih diliputi hutan.

“Ini menyumbang kepada kira-kira  44 peratus jumlah liputan hutan di Malaysia,” katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     

FAMA sumbang RM49,084 kepada keluarga lapan wira negara terkorban semasa Op Daulat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel