Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Cadangan pendekkan tempoh PSS beri kesan kekurangan tenaga buruh


Tarikh kemaskini: 20/11/2019





KOTA KINABALU, 20 Nov -- Cadangan memendekkan tempoh Pas Sementara Sabah (PSS) daripada tiga tahun kepada setahun akan dibawa ke peringkat Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau bagaimanapun berkata cadangan itu akan memberi kesan kekurangan tenaga buruh terutama dalam sektor perladangan khususnya selepas pemindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan Timur.

"Kita tahu mereka bukan rakyat Malaysia, tetapi bagaimana kita memastikan mereka ini boleh bekerja dan mereka perlu mempunyai dokumen yang memerlukan kita bekerjasama dengan Konsul Jeneral Indonesia dan kedutaan Filipina supaya boleh diberikan permit kerja," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Datuk Dr Jeffrey Kitingan (STAR-Tambunan) yang memberi cadangan agar PSS yang bakal dilaksanakan pada 1 Jun tahun depan dipendekkan tempoh kepada setahun.

Pada 6 Sept lepas, Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing bersetuju mengeluarkan PSS bermula 1 Jun 2020.

PSS adalah untuk menggantikan tiga jenis dokumen dikeluarkan kepada warga asing tinggal lama di Sabah iaitu IMM13, Sijil Banci dan Kad Burung-Burung.

-- BERNAMA

 

 

   

 
 
     
   
 

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH

 
     

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel