Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kes remaja bawah umur salah guna dadah meningkat di Sarawak


Tarikh kemaskini: 20/11/2019





MIRI, 20 Nov  -- Polis Sarawak akan meningkatkan program berkaitan kesedaran penyalahgunaan dadah di sekolah berikutan peningkatan kes tersebut melibatkan remaja bawah umur 18 tahun.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar M. M Sree berkata seramai 431 remaja bawah 18 tahun di Sarawak ditangkap kerana penyalahgunaan dadah dari Jan hingga Okt tahun ini dengan 56 orang adalah pelajar sekolah.

"Pada tahun sebelumnya iaitu pada tahun 2017 hanya 31 orang remaja bawah umur 18 tahun ditangkap dan meningkat lagi pada tahun 2018 dengan 59 orang remaja ditangkap," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program ‘Remaja Bersatu Memerangi Jenayah’ di Sekolah Menengah Riam Road yang dirasmikan Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin.

Dev berkata peningkatan jumlah penahanan remaja bawah umur 18 tahun itu berikutan polis Sarawak pada tahun ini memberi fokus membanteras kegiatan tersebut hingga ke peringkat akar umbi.

Katanya program tersebut perlu dimulakan dari peringkat sekolah mulai tahun hadapan untuk meningkatkan lagi kesedaran bahaya penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar sekolah.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     

FAMA sumbang RM49,084 kepada keluarga lapan wira negara terkorban semasa Op Daulat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel