Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PGA9 rampas syabu bersama kenderaan bernilai RM100,000 di Pasir Mas


Tarikh kemaskini: 03/12/2019




KOTA BHARU, 3 Dis -- Meskipun berhadapan tugas sukar berikutan limpahan air Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan namun Pasukan Gerakan Am Batalion 9 (PGA9) tetap gigih menjalankan operasi mengawal sempadan negara.

Hasilnya dalam operasi kira-kira pukul 5.30 petang semalam, sepasukan anggota Cawangan Risik PGA9 berjaya menahan seorang lelaki berusia 29 tahun berasal dari Tumpat bersama satu kilogram dadah dipercayai jenis syabu dianggarkan bernilai RM70,000 di Kampung Repek, Pasir Mas.

Pegawai Pemerintah PGA9, Supt Nor Azizan Yusof berkata rampasan itu dilakukan hasil maklumat dan pemantauan di kawasan Kolej Komuniti Teknologi MARA (KKTM) dekat Lubuk Jong.

Beliau berkata dalam serbuan itu, sepasukan pegawai dan anggota PGA9 telah cuba menahan sebuah kenderaan motokar jenis Proton Exora berwarna merah dari arah Rantau Panjang ke Pasir Mas di hadapan isyarat lampu Lubok Jong. 

“Tindakan itu diambil selepas pasukan serbuan melihat tindakan suspek membuang satu bungkusan berwarna putih melalui tingkap kenderaan di satu kawasan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Nor Azizan berkata suspek bersama kenderaan yang dianggarkan bernilai RM30,000 itu kemudiannya ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk siasatan lanjut, dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     

Sambutan filem 'Garang - Aku Luar Biasa' mengenai atlet paralimpik kurang memberangsangkan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel