s9y6a8jDYkU Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan


Tarikh kemaskini: 08/12/2019





KUALA TERENGGANU, 8 Dis -- Seorang buruh hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 104 pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap anak perempuan kandungnya.

Lelaki berkenaan yang berusia 46 tahun turut didakwa atas satu pertuduhan meliwat anak sulungnya itu yang berusia 15 tahun.

Tertuduh yang kelihatan tenang sepanjang prosiding hampir tiga jam itu, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut hampir setiap hari dalam tempoh empat bulan di sebuah rumah yang didiami tertuduh, mangsa dan dua lagi anak lelakinya yang berusia 12 serta 13 tahun.

Tertuduh yang telah bercerai dengan ibu mangsa sejak 11 tahun lalu didakwa melakukan kesemua 104 kesalahan sumbang mahram itu antara 14 Ogos 2019 hingga 26 Nov 2019, antara 12.01 tengah malam hingga 12.30 tengah malam, di sekitar Kuala Berang.

Bagi kesalahan liwat, dia didakwa melakukan kesalahan itu di tempat yang sama pada 26 Nov 2019, kira-kira pukul 12.01 tengah malam hingga 4 pagi.

Bagi tuduhan sumbang mahram, dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan maksimum 10 sebatan manakala bagi tuduhan liwat, dia dituduh mengikut Seksyen 377(C) kanun yang sama, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Zulfazliah Mahmud manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim Wan Nooriah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 15 Jan untuk sebutan kes.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Penggiat industri pelancongan Johor telah diberi taklimat berhubung koronavirus - Exco

 
     

Pengusaha cendawan turut terjejas akibat cuaca panas

 
     

Tapak relau peleburan besi purba ditemukan di Kedah

 
     

Usah biarkan warisan di Kota Bukit Supai terus sepi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel