pJRYVVRYVfs Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH


Tarikh kemaskini: 10/12/2019





KOTA KINABALU, 10 Dis -- Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh) akan memperluas pelaksanaan program latihan kemahiran percuma kepada kumpulan isi rumah terendah (B40) di Sabah dan Sarawak pada tahun hadapan.

Pengerusi Niosh Alice Lau Kiong Yieng berkata pihaknya menyasarkan 250 peserta di setiap dua negeri itu untuk program tersebut yang membabitkan latihan secara sepenuh masa dan sambilan dengan peserta disediakan tempat tinggal percuma, makanan dan diberikan elaun.

Menurutnya program itu dilaksanakan dengan kerjasama Pembangunan Sumber Manusia Berhad bagi membantu golongan B40 mendapatkan pekerjaan selepas tamat latihan,

Kalangan mereka yang sudah bekerja boleh menyertai program itu secara sambilan bagi meningkatkan kemahiran dan mendapat peluang kenaikan pangkat, katanya kepada pemberita pada majlis makan malam anjuran Niosh di sini, malam tadi.

Lau berkata projek perintis program itu telah dilaksanakan di peringkat ibu pejabat Niosh di Kuala Lumpur disertai 50 peserta pada tahun ini dan 33 daripada mereka sudah mendapat pekerjaan.

Beliau berkata cabaran bagi Niosh dalam melaksanakan program ini adalah memastikan peserta sepenuh masa mendapat pekerjaan selepas tamat latihan dan Niosh memerlukan kerjasama daripada pihak industri untuk menyediakan peluang pekerjaan.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Penggiat industri pelancongan Johor telah diberi taklimat berhubung koronavirus - Exco

 
     

Pengusaha cendawan turut terjejas akibat cuaca panas

 
     

Tapak relau peleburan besi purba ditemukan di Kedah

 
     

Usah biarkan warisan di Kota Bukit Supai terus sepi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel