Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta


Tarikh kemaskini: 10/12/2019





KANGAR, 10 Dis -- Jumlah hutang awam kerajaan negeri Perlis pada tahun lepas meningkat RM10.99 juta atau 2.8 peratus kepada RM403.32 juta, berbanding RM392.33 juta pada tahun 2017, kata Ketua Audit Negara Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid.

Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perlis dan Prestasi Kewangan Agensi Negeri Perlis 2018 mendapati tunggakan bayaran hutang awam oleh kerajaan negeri pada tahun 2018 meningkat kepada RM244.28 juta berbanding RM229.88 juta pada tahun 2017.

“Analisis Audit mendapati kedudukan kewangan kerajaan negeri adalah kurang stabil. Baki Kumpulan Wang Disatukan pada akhir tahun 2018 adalah RM22.20 juta, menurun sejumlah RM13.78 juta atau 38.3 peratus berbanding RM35.98 juta pada akhir tahun 2017.

“Akaun Hasil Disatukan mencatatkan kurangan semasa sejumlah RM15.41 juta pada tahun 2018,” kata Nik Azman dalam kenyataan mengenai laporan itu.

Laporan Ketua Audit Negara mengenai penyata berkenaan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 4 Nov lepas setelah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah seterusnya mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail pada 7 Nov untuk dibentang di Dewan Undangan Negeri Perlis hari ini. 

Nik Azman berkata bagaimanapun, laporan itu turut menyebut kutipan hasil meningkat sebanyak RM19.42 juta atau 17.9 peratus kepada RM128.08 juta tahun lepas berbanding RM108.66 juta pada tahun 2017.

Beliau berkata pengauditan yang dijalankan mendapati Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perlis telah diberi Pendapat Tanpa Teguran dan penyata kewangan itu menunjukkan gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan kewangan kerajaan negeri selain rekod perakaunan telah diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Penggiat industri pelancongan Johor telah diberi taklimat berhubung koronavirus - Exco

 
     

Pengusaha cendawan turut terjejas akibat cuaca panas

 
     

Tapak relau peleburan besi purba ditemukan di Kedah

 
     

Usah biarkan warisan di Kota Bukit Supai terus sepi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel