Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir


Tarikh kemaskini: 10/12/2019





KOTA KINABALU, 10 Dis -- Sebanyak 17 kampung, masing-masing 13 di Membakut dan empat di Beaufort terjejas banjir berikutan hujan berterusan sejak petang semalam sehingga menyebabkan paras air sungai di kawasan itu meningkat melepasi paras bahaya.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Sabah dalam kenyataan berkata kampung terjejas di Membakut ialah Kampung Lumantak, Kampung Baitam, Kampung Sinoko, Kampung Bambangan, Kampung Baitam Laut, Kampung Baitam Baru, Kampung Baitam Ulu, Kampung Jambatan Baru, Kampung Baru dan Kampung Kayai.

Turut dinaiki air ialah Kampung Poring dan Kampung Pusak selain menjejaskan beberapa premis seperti Sekolah Kebangsaan Pekan Membakut dan Klinik Kesihatan Kampung Sinoko, manakala di Beaufort, kampung terjejas ialah Kampung Bakalau, Kampung Bakalau Simpang Empat, Kampung Binunuk dan Kampung Balibata.

“Satu pusat pemindahan sementara dibuka di Dewan Selagon, Beaufort pada 2.50 pagi tadi bagi menempatkan sebanyak 22 mangsa daripada tujuh keluarga yang terjejas banjir,” menurut kenyataan itu.

Beberapa jalan di kampung terbabit turut dinaiki air dan tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.

Setakat 9 pagi ini, paras air Sungai Padas mencatatkan bacaan terkini 8.86 meter melebihi paras bahaya 8.70 meter manakala paras air Sungai Membakut pula merekodkan bacaan terkini 7.45 meter, iaitu melebihi paras bahaya 6.80 meter.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Penggiat industri pelancongan Johor telah diberi taklimat berhubung koronavirus - Exco

 
     

Pengusaha cendawan turut terjejas akibat cuaca panas

 
     

Tapak relau peleburan besi purba ditemukan di Kedah

 
     

Usah biarkan warisan di Kota Bukit Supai terus sepi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel