Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dewan Negara: LPT2 catat 246 kes kemalangan maut dari Januari 2016-Oktober 2019


Tarikh kemaskini: 11/12/2019





KUALA LUMPUR, 11 Dis -- Sebanyak 246 kes kemalangan maut dengan 275 kematian dicatatkan di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) bagi tempoh Januari 2016 hingga Oktober tahun ini, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman berkata 15 keadaan dikesan menjadi punca kepada kemalangan maut di jalan raya di Malaysia termasuk mengekori rapat kenderaan di hadapan.

Punca lain adalah cuai ketika melintas jalan, terbabas sendiri, sedang memotong atau menukar lorong dan cuai ketika keluar atau masuk simpang jalan susur, katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan bagi Jawab Lisan. 

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Razali Idris yang ingin tahu jumlah kecelakaan jalan raya yang membawa maut di LPT 2 sejak ia dibuka sehingga sekarang. 

LPT2 merupakan jajaran sepanjang 183.4 kilometer (km) meliputi empat daerah iaitu Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu dibuka sepenuhnya pada 31 Jan 2015. 

Mohd Azis berkata sebanyak 12,167 kes kemalangan biasa yang tidak melibatkan kematian di LPT2 dicatatkan bagi tempoh yang sama. 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Penggiat industri pelancongan Johor telah diberi taklimat berhubung koronavirus - Exco

 
     

Pengusaha cendawan turut terjejas akibat cuaca panas

 
     

Tapak relau peleburan besi purba ditemukan di Kedah

 
     

Usah biarkan warisan di Kota Bukit Supai terus sepi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel