Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM


Tarikh kemaskini: 11/12/2019





KANGAR, 11 Dis -- Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) hari ini mengesa agar kerajaan negeri Perlis segera menerima cadangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menempatkan pegawai kanannya di Pejabat Menteri Besar.

ADUN tersebut ialah ketua pembangkang Asrul Nizan Abd Jalil (PKR-Sena), Gang Ay Ling (PKR-Indra Kayangan), Nor Azam Karap (PKR-Kuala Perlis) dan Datuk Ismail Kasim (Bebas-Tambun Tulang).

Keempat-empat ADUN berkenan mengemukakan cadangan itu ketika  sesi perbahasan pembentangan Belanjawan Negeri Perlis 2020 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di Kompleks Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini.

 Mereka (empat ADUN) bersependapat bahawa kerajaan negeri perlu segera menerima cadangan daripada SPRM itu bagi memastikan kejayaan Belanjawan Negeri Perlis 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Azlan Man semalam.

Sementara itu, Azlan berkata kerajaan negeri tetap berpegang dengan pendirian sebelum ini meminta SPRM memberi penjelasan terlebih dahulu sebelum menempatkan pegawai di pejabatnya.

“Kami akan tengok apa keperluannya terlebih dahulu dan saya ingin cadangkan kepada pihak SPRM untuk tempatkan pegawai mereka di setiap jabatan kerajaan kerana Pejabat Menteri Besar tidak terlibat dalam pengurusan projek,” katanya di luar dewan ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut.

Persidangan dewan bersambung esok.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Penggiat industri pelancongan Johor telah diberi taklimat berhubung koronavirus - Exco

 
     

Pengusaha cendawan turut terjejas akibat cuaca panas

 
     

Tapak relau peleburan besi purba ditemukan di Kedah

 
     

Usah biarkan warisan di Kota Bukit Supai terus sepi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel