Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang


Tarikh kemaskini: 11/12/2019





KOTA KINABALU, 11 Dis  -- Jumlah mangsa banjir dari beberapa kampung di Beaufort dan Membakut yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Selagon bertambah setakat pukul 10 malam ini.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Sabah dalam kenyataan menyatakan, 427 mangsa daripada 153 keluarga telah dipindahkan ke PPS berkenaan berbanding hanya 422 mangsa daripada 151 keluarga petang, hari ini.

PPS di Dewan Selagon, Beaufort dibuka pukul 2.50 pagi pada Selasa berikutan hujan berterusan sejak Isnin hingga mengakibatkan banjir melibatkan lebih 20 kampung di kedua-dua daerah itu terjejas.

Beberapa jalan menghubungkan kampung terbabit turut terjejas dan tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.

Setakat pukul 8.00 malam ini, paras air Sungai Padas mencatatkan bacaan terkini 7.85 meter berada pada paras waspada, manakala paras air Sungai Membakut pula merekodkan bacaan terkini 6.5 berada pada paras amaran.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Penggiat industri pelancongan Johor telah diberi taklimat berhubung koronavirus - Exco

 
     

Pengusaha cendawan turut terjejas akibat cuaca panas

 
     

Tapak relau peleburan besi purba ditemukan di Kedah

 
     

Usah biarkan warisan di Kota Bukit Supai terus sepi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel