Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ops Catut PSP: KPDNHEP Sabah hantar notis pengesahan kepada 15 kilang


Tarikh kemaskini: 11/12/2019





KOTA KINABALU, 11 Dis -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah, telah menghantar Notis Pengesahan Maklumat Barangan atau Perkhidmatan kepada 15 kilang dan pemborong di negeri ini, menerusi pelaksanaan Ops Catut 6.0 Program Subsidi Petrol (PSP).

Pengarahnya Georgie Abas berkata notis itu bagi mendapatkan maklumat barangan, seperti harga jualan dan kos belian, dan kilang serta pemborong terbabit diminta untuk memberi maklumat dalam tempoh lima hari bekerja.

Katanya operasi yang dilaksanakan sejak 1 Dis lepas di seluruh negara, akan berterusan sehingga 30 Jun tahun hadapan, bagi menangani aktiviti pencatutan dan manipulasi harga, dengan memastikan tidak berlaku kenaikan harga barangan secara tidak terkawal.

Katanya ia berikutan pelaksanaan PSP bermula 1 Jan tahun hadapan, yang dijangka memberi impak secara tidak langsung kepada harga barang.

"Biarpun PSP tidak melibatkan Sabah, pemantauan turut dilakukan bagi memastikan tiada berlaku pencatutan dan manipulasi harga barangan," katanya ketika ditemui pemberita selepas pemeriksaan Ops Catut 6.0 (PSP) di Gudang Harrisons Sdn Bhd, di Kelombong di sini, hari ini.

Katanya pemantauan dan penguatkuasaan dijalankan di semua peringkat perniagaan, merangkumi peringkat pengilang, pemasaran am, pengedar, pemborong dan peruncit.

"Enam kategori barangan ditumpukan iaitu barangan makanan dan minuman, barangan isi rumah, tekstil, perabot, kasut dan barangan elektrik," katanya.

-- BERNAMA

 

 

   

 
 
     
   
 

Penggiat industri pelancongan Johor telah diberi taklimat berhubung koronavirus - Exco

 
     

Pengusaha cendawan turut terjejas akibat cuaca panas

 
     

Tapak relau peleburan besi purba ditemukan di Kedah

 
     

Usah biarkan warisan di Kota Bukit Supai terus sepi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel