Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lexis Hibiscus Port Dickson dinamakan tempat perkahwinan terkemuka di dunia


Tarikh kemaskini: 12/12/2019





SEREMBAN, 12 Dis -- Lexis Hibiscus Port Dickson dinamakan sebagai ‘Tempat Perkahwinan Terkemuka di Dunia’ pada peringkat akhir Anugerah Pelancongan Dunia (WTA) di Muscat, Oman baru-baru ini.

Presiden Lexis Hotel Group, Mandy Chew Siok Cheng dalam satu kenyataan hari ini berkata mereka benar-benar gembira dengan pengiktirafan tersebut.

"WTA menetapkan standard kecemerlangan terhadap industri pelancongan, jadi menerima penghargaan ini benar-benar mengujakan. 

"Kami mempunyai idea yang unik untuk pasaran perkahwinan. Dengan pantai berpasir kami yang indah, perairan yang menakjubkan, pelbagai pilihan perkahwinan dan perancang perkahwinan profesional yang hebat, Lexis Hibiscus Port Dickson adalah destinasi perkahwinan terbaik," katanya.

Beliau berkata Lexis Hibiscus Port Dickson mempunyai pelbagai pilihan untuk semua jenis majlis perkahwinan, daripada tradisional Melayu sehingga perkahwinan ala Barat, majlis klasik Cina dan perkahwinan masyarakat India.

"Kami telah menganjurkan beberapa majlis perkahwinan yang paling indah pada tahun-tahun yang lepas dan kami berusaha untuk menyediakan lebih daripada sekadar percutian mewah.

"Kami berharap dapat mengalu-alukan lebih ramai pasangan ke resort kami pada masa akan datang kerana kami mahu terus mencipta kenangan indah sekali dalam seumur hidup untuk mereka," katanya.

WTA ditubuhkan pada tahun 1993 bertujuan mengiktiraf, memberi ganjaran dan meraikan kecemerlangan di semua sektor industri pelancongan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Penggiat industri pelancongan Johor telah diberi taklimat berhubung koronavirus - Exco

 
     

Pengusaha cendawan turut terjejas akibat cuaca panas

 
     

Tapak relau peleburan besi purba ditemukan di Kedah

 
     

Usah biarkan warisan di Kota Bukit Supai terus sepi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel