Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000


Tarikh kemaskini: 13/12/2019





TUMPAT, 13 Dis -- Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) berjaya merampas 2,500 karton rokok putih jenama Manchester bernilai RM750,000 dan menaham seorang pemandu lori berumur 35 tahun di Kampung Geting dekat Pengkalan Kubor, di sini, awal pagi tadi.

Pegawai Operasinya, ASP Mohamad Azlee Ismail berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4.00 pagi itu, anggota Strike Force PGA9 yang membuat rondaan bermotosikal ternampak sebuah lori dalam keadaan mencurigakan sebelum bertindak mengekori kenderaan itu sejauh lebih dua kilometer.

Beliau berkata pemandu lori itu dipercayai mengambil bekalan rokok berkenaan di satu pangkalan haram di Pengkalan Kubor dan sedang dalam perjalanan menghantarnya kepada pihak lain semasa ditahan.

Menurutnya semua barang kes dan lori yang ditahan dianggarkan bernilai RM790,000 itu diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk tindakan lanjut.

“Ini adalah kes rampasan rokok pertama bagi PGA9 sejak mengambil alih tugas Ops Wawasan pada 16 Nov lepas,” katanya kepada pemberita di Balai Polis Kuala Jambu di sini, hari ini..

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Penggiat industri pelancongan Johor telah diberi taklimat berhubung koronavirus - Exco

 
     

Pengusaha cendawan turut terjejas akibat cuaca panas

 
     

Tapak relau peleburan besi purba ditemukan di Kedah

 
     

Usah biarkan warisan di Kota Bukit Supai terus sepi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel