Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang


Tarikh kemaskini: 13/12/2019





KOTA KINABALU, 13 Dis -- Jumlah mangsa banjir dari beberapa kampung di Beaufort dan Membakut yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Selagon setakat jam 8 malam ini seramai 448 orang.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah dalam kenyataan menyatakan, jumlah itu melibatkan 160 keluarga.

Sebanyak 17 kampung di Beaufort dan Membakut terjejas akibat banjir yang berlaku sejak Selasa lalu.

Antara kampung terjejas termasuk Kampung Bambangan, Kampung Sinoko, Kampung Poring, Kampung Baitam Laut dan Kampung Suasa.

Setakat jam 6 petang ini, paras air Sungai Padas mencatatkan bacaan terkini 7.37 meter berada pada paras normal, manakala paras air Sungai Membakut pula merekodkan bacaan terkini 6.34 meter berada pada paras amaran.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Penggiat industri pelancongan Johor telah diberi taklimat berhubung koronavirus - Exco

 
     

Pengusaha cendawan turut terjejas akibat cuaca panas

 
     

Tapak relau peleburan besi purba ditemukan di Kedah

 
     

Usah biarkan warisan di Kota Bukit Supai terus sepi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel