Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja


Tarikh kemaskini: 14/12/2019





ALOR SETAR, 13 Dis -- Kerajaan negeri Kedah hari ini memaklumkan bahawa ia tidak pernah mengeluarkan sebarang watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja Warisan Kerabat DiRaja Kedah (Warisan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah III) kepada mana-mana individu.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Paduka Ammar Shaikh Mahmood Naim berkata kerajaan negeri telah menerima aduan daripada orang awam bahawa terdapat dokumen berbentuk watikah yang turut tertera tandatangan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

"Aduan yang diterima menyatakan bahawa watikah yang diberikan kepada beberapa individu itu mempunyai tandatangan Sultan Kedah. Kerajaan negeri tidak pernah mengetahui atau mengiktiraf Warisan Kerabat DiRaja Kedah berkenaan.

"Jadi, tandatangan Sultan Kedah yang terdapat di dalam watikah itu bukan tandatangan sebenar Tuanku Sultan dan logo peribadi dan cop mohor yang digunakan juga adalah tidak benar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ammar berkata satu laporan polis juga telah dibuat berhubung kes ini. 

-- BERNAMA 

   

 
 
     
   
 

Penggiat industri pelancongan Johor telah diberi taklimat berhubung koronavirus - Exco

 
     

Pengusaha cendawan turut terjejas akibat cuaca panas

 
     

Tapak relau peleburan besi purba ditemukan di Kedah

 
     

Usah biarkan warisan di Kota Bukit Supai terus sepi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel