Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Aloysious Jounoh usahawan roti tempatan di Tuaran


Tarikh kemaskini: 16/12/2019





TUARAN, 16 Dis  -- Keputusan menceburi perniagaan membuat roti kira-kira tiga tahun lalu berbaloi, apabila perusahaan milik seorang usahawan tempatan itu kini semakin berkembang maju dan dikenali pelanggan, di daerah ini.

Beroperasi atas nama Bochoes Delight, di Lot 3B, Teo Ee Teh Shopping Complex, Tuaran, pemiliknya bermula dengan berniaga jagung manis, sebelum mengambil keputusan bertukar bidang kepada pembuatan roti.

Pengurus Perniagaan Bochoes Delight, Aloysious Jounoh, berkata perniagaan membuat roti itu tercetus, apabila melihat perusahaan berkenaan mempunyai masa depan boleh maju, selain belum ramai diceburi usahawan tempatan, di Tuaran.

"Sebelum berjaya, perusahaan ini hampir gagal apabila sebahagian besar hasil keluaran tidak menjadi, namun saya tidak berputus asa dan terus mencuba dengan berusaha mencari ilmu berkaitan dan mencipta pelbagai resepi baharu.

 "Selepas lebih dua bulan mencuba, lama kelamaan hasil keluaran Bochoes Delight semakin berkualiti dan enak sehingga mendapat perhatian pelanggan hingga hari ini," katanya kepada Bernama, di sini.

Perusahaan milik pasangan lima anak Aloysious, 47, dari Kampung Damat, Tamparuli dan Hildah Edohon, 36, dari Kampung Dungang, Tuaran,dibangunkan tanpa sebarang sokongan pembiayaan sejak 2016.

"Sebelum berada di premis ini, kami beroperasi dari rumah secara kecil-kecilan selama 10 tahun sejak 2005," katanya.

Bochoes Delight yang mengaji enam pekerja tambahan dibuka dari jam 8 pagi hingga jam 12 tengah malam, tujuh hari seminggu, mampu memproses 75 kilogram tepung untuk dijadikan roti setiap hari.

Beliau berkata, selain menjadikan premis perniagaan kekal sebagai pusat pasaran, Bochoes Delight turut menjadi pembekal roti kepada 12 kantin sekolah rendah dan menengah di daerah ini.

Katanya, Bochoes Delight dalam proses permohonan mendapat kelulusan sijil halal dan permit pengilang dan perniagaan dari kerajaan, ke arah memberi keyakinan kepada pelanggan beragama Islam membeli keluaran premisnya.

Sehubungan itu, Aloysious bercadang membuka kilang roti jika ada peluang serta pembiayaan kewangan untuk penyediaan peralatan mesin dianggarkan bernilai lebih RM1 juta akan datang.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Penggiat industri pelancongan Johor telah diberi taklimat berhubung koronavirus - Exco

 
     

Pengusaha cendawan turut terjejas akibat cuaca panas

 
     

Tapak relau peleburan besi purba ditemukan di Kedah

 
     

Usah biarkan warisan di Kota Bukit Supai terus sepi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel