Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Rabies : Sarawak catat kematian ke-17

KUALA LUMPUR, 1 Jun (Bernama) -- Satu lagi kes kematian akibat rabies direkodkan di Sarawak apabila seorang lelaki berumur 26 tahun dari Kuching meninggal dunia pada 9.15 pagi semalam. 

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata lelaki itu merupakan mangsa ke-18 yang dijangkiti rabies sejak wabak itu diumumkan pada 1 Julai 2017. 

"Pada 31 Mei 2019, ujian makmal ke atas sampel kes tersebut telah mengesahkan ia positif rabies,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Menurut Dr Noor Hisham, dengan pengesahan kes baharu itu, jumlah rabies di Sarawak sejak 1 Julai tahun lepas adalah 18 kes, termasuk 17 kematian. 

"Hanya seorang mangsa sahaja yang selamat iaitu seorang kanak-kanak berumur sembilan tahun, tetapi mengalami komplikasi neurologi teruk dan kini dirawat di rumah,” katanya. 

Menurut Dr Noor Hisham, kes rabies ke-18 itu merupakan mangsa ketiga jangkitan penyakit itu akibat dicakar anjing yang diambil atau dipungut dari sumber tidak diketahui, malah status vaksinasi rabies haiwan-haiwan tersebut juga tidak diketahui. 

"Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin sekali lagi mengingatkan orang ramai khususnya di Sarawak agar tidak mengambil atau memungut anjing atau haiwan lain yang tidak diketahui status suntikan vaksin rabies, walaupun ia berada dalam kawasan kejiranan kerana dikhuatiri kemungkinan haiwan tersebut telah dijangkiti virus rabies dan ia sedang dalam tempoh pengeraman sebelum haiwan menunjukkan gejala,” katanya.

Beliau berkata pencegahan paling mudah daripada jangkitan rabies adalah segera cuci bahagian tubuh yang digigit anjing atau haiwan liar dengan air mengalir dan sabun sekurang-kurangnya 15 minit bagi menghilangkan kesan air liur dan selepas itu segera mendapatkan rawatan di klinik kesihatan atau hospital terdekat. 

Menurut Dr Noor Hisham, Sarawak masih belum bebas rabies dan sejak 1 Julai 2017 sehingga 30 Mei lepas, kerajaan negeri itu telah mengisytiharkan 62 kawasan di 11 Bahagian di negeri itu sebagai kawasan jangkitan rabies. 

"Hanya Limbang sahaja yang masih bebas rabies dalam kalangan haiwan. Maka perlu dipastikan anjing peliharaan telah mendapat suntikan vaksin anti-rabies di klinik haiwan terdekat,” katanya. 

Beliau juga menasihatkan pemilik sentiasa memastikan haiwan peliharaan berada dalam kawasan rumah dan tidak bercampur dengan anjing atau haiwan liar. 

"Kerjasama orang ramai mematuhi semua saranan kerajaan amat-amat diperlukan bagi bersama-sama mengawal populasi anjing di negeri ini,” katanya. 

-- BERNAMA


 

.....

[ berita penuh ]

 

Lelaki Arab ugut isteri, pukul anak ditahan di Sandakan


LAHAD DATU, 1 Jun (Bernama) -- Seorang lelaki Arab berasal dari Jordan yang disyaki melakukan ugutan jenayah terhadap isteri dan memukul anak lelakinya hingga menyebabkan kecederaan di sini berjaya diberkas di sebuah hotel di Sandakan pagi tadi.

 
 

Satu lagi kematian melibatkan wabak rabies di Sarawak - KKM


KUCHING, 1 Jun (Bernama) -- Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan satu lagi kes rabies telah meragut nyawa seorang lelaki berusia 26 tahun di sini yang meninggal dunia semalam.

 
 

KKMM pertimbang perbanyakkan dokumentasi, filem kaum Dayak


SERIAN, 1 Jun (Bernama) --  Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan mempertimbangkan untuk menyiarkan lebih banyak filem dan dokumentari tempatan berkaitan budaya dan adat suku Dayak menerusi televisyen serta radio, kata menterinya Gobind Singh Deo.

 
 

Pisang Sabah tanaman tumpuan jana pendapatan petani di Kota Marudu


Oleh Benjohn Simbalu

KOTA MARUDU, 1 Jun (Bernama) -- Melihat kepada permintaan yang menggalakkan di pasaran, penanaman pisang Sabah telah dijadikan tanaman tumpuan untuk menjana pendapatan petani di daerah Kota Marudu.

 
 

Wakil Karambunai, Francisca dinobat Ratu Unduk Ngadau Pesta Kaamatan 2019


PENAMPANG, 31 Mei (Bernama) -- Penyertaan kali kedua dalam pertandingan Unduk Ngadau pada tahun ini telah  membawa tuah kepada Francisca Ester Nain apabila dinobatkan sebagai Ratu Unduk Ngadau sempena sambutan Pesta Kaamatan di Dewan Hongkod Koisaan (KDCA), hari ini.

 
 

Teruskan bersatu padu di sebalik perbezaan hubungan politik - Abang Johari


KUCHING, 31 Mei (Bernama) -- Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata tidak salah jika masyarakat mempunyai perbezaan dalam hubungan politik dan pandangan yang berbeza tentang sesuatu perkara, namun mereka mesti bersatu padu sebagai rakyat Sarawak demi kebaikan ‘Bumi Kenyalang’ ini.

 
 

Pemakaian baju tradisi selain musim perayaan beri peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah


KOTA KINABALU, 31 Mei (Bernama) -- Pemakaian baju tradisi selain pada musim perayaan dilihat mampu memberi manfaat khususnya peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini.

 
 

Mendukung pertanian moden berteknologi tinggi sebagai sumber kemewahan baru - Uggah


KUCHING, 31 Mei (Bernama) -- Komuniti Dayak di Sarawak, terutama generasi muda, perlu mendukung pertanian moden berteknologi tinggi, yang menjadi aliran dan sumber baru kekayaan, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

 
 

Perpaduan rakyat Sarawak tunjang kestabilan negeri


KUCHING, 31 Mei (Bernama) -- Perpaduan rakyat Sarawak adalah kekuatan utama yang menjadi tunjang kestabilan dan keamanan di negeri ini, kata Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud.

 
 

Polis Keningau nasihat pengguna waspada di empat kawasan sering berlaku kemalangan


KENINGAU, 31 Mei (Bernama) -- Polis Keningau menasihati pengguna supaya berhati-hati di empat kawasan hitam dikenal pasti sering berlaku kemalangan ketika pulang menyambut Aidilfitri di daerah berkenaan, kata Ketua Polisnya, DSP Shahrudin Mat Husain.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 - 105 - 106 - 107 - 108 - 109 - 110 - 111 - 112 - 113 - 114 - 115 - 116 - 117 - 118 - 119 - 120 - 121 - 122 - 123 - 124 - 125 - 126 - 127 - 128 - 129 - 130 - 131 - 132 - 133 - 134 - 135 - 136 - 137 - 138 - 139 - 140 - 141 - 142 - 143 - 144 - 145 - 146 - 147 - 148 - 149 - 150 - 151 -


 
 
     
   
 

Kerajaan lulus RM34 juta untuk sambung bina rumah kedua generasi Felcra

 
     

Najib tidak pernah tanya mengenai terlebih pengeluaran dalam akaunnya - Saksi

 
     

Rumah 20 peserta projek Mesej Abai, Kinabatangan dibina tahun ini

 
     

Saya tahu siapa dalang sebar video - Azmin

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel