Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ceroboh Kubur di Bachang: Seorang lagi lelaki ditahan

MELAKA, 27 Jun (Bernama) -- Polis menahan seorang lagi lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes pencerobohan di tempat perkuburan dan merosakkan batu nisan di Tanah Perkuburan Islam As-Syakirin, Bachang, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad berkata suspek berumur 19 tahun itu merupakan pelajar yang sedang mengikuti latihan kemahiran di sebuah institut pengajian tinggi swasta, ditahan di sekitar Jalan Bachang di sini, kira-kira 3.45 petang semalam.....

[ berita penuh ]

 

Wakil rakyat diminta tunaikan tanggungjawab bawa suara dan kehendak rakyat


JOHOR BAHRU, 27 Jun (Bernama) -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mengingatkan setiap wakil rakyat agar menunaikan tanggungjawab mereka untuk membawa suara dan kehendak rakyat dan bukannya bersuara dan bertindak demi kepentingan diri sendiri.

 
 

Bahan pembelajaran alternatif kepada murid sekolah Pasir Gudang


JOHOR BAHRU, 27 Jun (Bernama) -- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)  Johor telah menyediakan pelbagai bahan pembelajaran alternatif kepada murid-murid sekolah di Pasir Gudang yang terjejas berikutan pencemaran bagi memastikan proses pembelajaran dapat dijalankan secara berterusan.

 
 

Boleh makan durian di kebun Uncle Heng


MELAKA, 27 Jun (Bernama) -- Pemilik kebun durian di Tiang Dua, Melaka, Tan Kung Tai, 58, atau mesra dipanggil ‘Uncle Heng’ menawarkan orang ramai yang berminat untuk membeli durian supaya datang ke kebunnya untuk memilih sendiri buah segar yang baru gugur.

 
 

JDT juara Liga Super buat kali keenam berturut-turut


KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul juara Liga Super 2019 sekali gus melakar sejarah bola sepak tanah air sebagai satu-satunya pasukan memenangi gelaran itu buat kali keenam berturut-turut selepas menundukkan Melaka 2-1, malam ini.

 
 

Kes rotan pelajar: Ibubapa, pelajar dan guru bertemu esok


ISKANDAR PUTERI, 26 Jun (Bernama) -- Kes guru merotan seorang pelajar di sebuah sekolah di sini pada Isnin hampir menemui jalan penyelesaiannya, apabila kedua-dua pihak iaitu pelajar dan ibu bapanya serta guru yang terlibat telahpun mempunyai persefahaman untuk duduk semeja, berbincang mengenai isu itu.

 
 

269 pegawai, anggota polis Johor bertugas 24 jam di Pasir Gudang


JOHOR BAHRU, 26 Jun (Bernama) -- Polis Johor telah menugaskan seramai 269 pegawai dan anggotanya 24 jam setiap hari khas untuk operasi di Pasir Gudang, dekat sini dalam usaha mencegah usaha membawa keluar sebarang sisa kimia yang disyaki menyebabkan pencemaran secara runcit.

 
 

Pelajar dan guru cemas termometer pecah


MELAKA, 26 Jun (Bernama) -- Beberapa pelajar dan guru Sekolah Rendah Islam Seri Ar-Rahmah Solok Gaung dekat sini cemas apabila termometer yang digunakan untuk ujian makmal pecah sehingga mengakibatkan tumpahan raksa.

 
 

KPDNHEP N. Sembilan rekod nilai sitaan RM1.3 juta tahun ini


SEREMBAN, 26 Jun (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan menyita pelbagai barangan bernilai RM1.3 juta dan mengenakan kompaun RM64,550, atas pelbagai kesalahan yang dilakukan peniaga bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

 
 

80 peratus hospital dilengkapi pasukan khas penjagaan luka


MELAKA, 26 Jun (Bernama) -- Kira-kira 80 peratus atau 116 daripada 145 buah hospital kerajaan di seluruh negara memiliki pasukan khas yang menawarkan perkhidmatan penjagaan luka, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye. 

 
 

Pesara, anggota polis didakwa pecah amanah lebih RM21,000


ALOR GAJAH, 26 Jun (Bernama) -- Seorang pesara dan anggota polis yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan pecah amanah menggunakan kad inden berjumlah lebih RM21,000, sejak tiga tahun lepas.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 - 105 - 106 - 107 - 108 - 109 - 110 -


 
 
     
   
 

Peserta program bimbingan INSKEN raih jualan RM8.89 juta

 
     

Lapan nelayan hilang di perairan Tambisan

 
     

Polis siasat pagar rumah wartawan disimbah cat merah

 
     

Sekolah Tamil pupuk perpaduan menerusi sambutan Ponggal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel