Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pemain dan jurulatih JDT dijangkiti virus influenza

JOHOR BAHRU, 8 Julai (Bernama) -- Seramai 17 pemain, beberapa jurulatih serta kakitangan Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) disahkan positif influenza.

Pengarah Teknikalnya, Alistair Edwards, menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman rasmi Johor Southern Tigers, berkata kesemua pemain dijangkiti virus tersebut adalah terdiri daripada 10 pemain skuad JDT, empat (JDT II)  dan tiga daripada pasukan JDT III.....

[ berita penuh ]

 

Pemantauan kualiti udara 24 jam di 111 sekolah Pasir Gudang


Pemantauan kualiti udara terutamanya membabitkan parameter pencemaran seperti Volatile Organic Compound (VOC) di 111 sekolah di Pasir Gudang akan dibuat 24 jam sehari mulai hari ini sehingga Sabtu ini susulan masalah pencemaran udara di kawasan tersebut.

 
 

Melaka optimis mampu atasi isu banjir kilat enam bulan lagi - Adly


ALOR GAJAH, 8 Julai (Bernama) -- Kerajaan Negeri Melaka optimis bahawa masalah banjir kilat yang sering melanda negeri dapat diatasi dalam tempoh enam bulan lagi menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif.

 
 

Banjir semakin pulih, jumlah mangsa terus berkurangan


Keadaan banjir kilat pada hari kedua di Melaka semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,001 mangsa melibatkan 225 keluarga pada pukul 4.00 petang berbanding 1,117 mangsa daripada 250 keluarga pada tengah hari ini.

 
 

ADUN Sungai Rambai dituduh di mahkamah esok - SPRM


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Abd Rahman bakal dituduh di Mahkamah Ayer Keroh pagi esok atas kes berkaitan penyelewengan peruntukan Program Strategik Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

 
 

Persatuan nelayan perlu berdaya saing bantu ahli tingkat ekonomi


MUAR, 8 Julai (Bernama) -- Persatuan nelayan seluruh negara digesa supaya mengambil langkah proaktif mempelbagaikan aktiviti ekonomi bagi menjana pendapatan sampingan seterusnya memberi manfaat kepada persatuan dan ahli, dalam meningkatkan daya saing mereka.

 
 

26 kertas siasatan kesalahan pembuangan sisa pepejal di kawasan haram dikeluarkan SWCorp


JOHOR BAHRU, 8 Julai (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Johor membuka 26 kertas siasatan bagi urusan pendakwaan di mahkamah untuk kesalahan berkaitan pembuangan sisa pepejal di kawasan tidak dibenarkan di negeri ini sejak 2018 hingga kini.

 
 

Warga emas dalang bawa masuk PATI di daerah Batu Pahat ditahan


BATU PAHAT, 8 Julai (Bernama) -- Seorang warga emas dipercayai menjadi dalang kepada satu sindiket membawa masuk dan keluar pendatang asing tanpa izin (PATI) di perairan daerah ini, akhirnya ditahan polis setelah intipan dan siasatan dilakukan semenjak tahun 2017.

 
 

Tiga syarikat didenda RM15,000 buang sisa pepejal di kawasan haram


JOHOR BAHRU, 8 Julai (Bernama) -- Tiga syarikat kontraktor perkhidmatan kutipan sisa binaan masing-masing didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini setelah mengaku bersalah membuang sisa pepejal di kawasan yang tidak dibenarkan di sekitar Johor Bahru, dari Julai 2018 hingga Januari tahun ini.

 
 

Banjir: Orang ramai diminta patuhi arahan pihak berkuasa


MELAKA, 8 Julai (Bernama) -- Orang ramai diminta agar sentiasa berwaspada dengan keadaan dan mengikut arahan pihak berwajib dari semasa ke semasa bagi mengelak perkara yang tidak dingini berlaku  ketika banjir kilat ini.

 
 

Gangguan kesihatan berlaku lagi di empat sekolah Pasir Gudang hari ini


JOHOR BAHRU, 7 Julai (Bernama) -- Seramai 11 pelajar dari empat sekolah di Pasir Gudang dilaporkan mengalami lagi simptom pening, loya dan muntah, hari ini.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 -


 
 
     
   
 

Saya diminta letak jawatan - Bekas pegawai bank Ambank

 
     

Kerajaan lulus RM34 juta untuk sambung bina rumah kedua generasi Felcra

 
     

Najib tidak pernah tanya mengenai terlebih pengeluaran dalam akaunnya - Saksi

 
     

Rumah 20 peserta projek Mesej Abai, Kinabatangan dibina tahun ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel