Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MBJB kesan peniaga bazar Ramadan tidak ambil suntikan typoid

JOHOR BAHRU, 29 Mei (Bernama) -- Pemeriksaan kebersihan di bazar Ramadan oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sehingga kini mendapati masih ada peniaga yang tidak mengambil suntikan typoid, yang merupakan suntikan penting bagi mengelakkan terjadinya wabak keracunan makanan kepada pengguna.

Datuk Bandar Johor Bahru Datuk Amran A Rahman berkata hasil pemeriksaan pihaknya mendapati  hanya pemilik lesen perniagaan atau penjaja yang mengambil suntikan typoid tetapi pekerja tidak mengambil suntikan tersebut.....

[ berita penuh ]

 

Nelayan tempatan ditahan tunda pukat di kawasan tidak dibenarkan di Pulau Pisang


Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot nelayan tempatan pada kedudukan satu nautika barat Pulau Pisang, dekat Pontian, kerana melakukan aktiviti menunda pukat di kawasan yang tidak dibenarkan, semalam.

 
 

SWM jalankan strategi operasi raya bermula 1 Jun ini


SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) akan  meneruskan aktiviti mengangkut sisa pepejal bermula 1 hingga 4 Jun ini, menerusi Strategi Operasi Aidilfitri.

 
 

Aidilfitri: JPJ N. Sembilan beri tumpuan jalan negeri


SEREMBAN, 29 Mei (Bernama) -- Op Khas sempena Hari Raya Aidilfitri yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan yang bermula hari ini, memberi tumpuan kepada jalan negeri, bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang jalan raya sekaligus mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

 
 

MUSA jalin kerjasama dengan KPDNHEP banteras jersi tiruan


MELAKA, 29 Mei (Bernama) -- Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi menangani gejala penjualan jersi Melaka United (MU) tiruan, yang dijual secara berleluasa di negeri ini.

 
 

JAS N. Sembilan arah dua kilang ditutup


SEREMBAN, 29 Mei (Bernama) -- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan mengarahkan dua kilang iaitu sebuah kilang membuat perabot dan sebuah kilang kitar semula plastik, di Kawasan Perindustrian Sungai Gadut, Senawang, ditutup kerana dipercayai menyebabkan pencemaran udara.

 
 

Pengurusan hutang berkesan pastikan kemampuan Melaka laksana inisiatif rakyat


Oleh Fadzli Ramli

Kerajaan Negeri Melaka berkata adalah penting untuk melaksanakan pengurusan hutang berkesan dalam memastikan hutang kerajaan negeri berjumlah sekitar RM1.8 bilion tidak mengekang keupayaannya untuk melaksanakan inisiatif bagi membantu rakyat.

 
 

Projek salur sumber air dari Tasik Biru ke Empangan Durian Tunggal dapat dilaksanakan lebih awal


MELAKA, 28 Mei (Bernama) --  Langkah Kerajaan Persekutuan menghapus kira pinjaman projek bekalan air luar bandar kepada kerajaan negeri Melaka membolehkan projek pembangunan penyaluran sumber air dari Tasik Biru, Chinchin dekat Jasin ke Empangan Durian Tunggal dilaksanakan lebih awal.

 
 

Kontraktor projek Jambatan Sungai Plentong perlu disenaraihitam - Adun Johor Jaya


JOHOR BAHRU, 28 Mei (Bernama) -- Kontraktor yang menjalankan projek Jambatan Sungai Plentong di Jalan Masai Lama, di sini, perlu disenaraihitamkan daripada mendapat projek kerajaan pada masa depan berikutan berterusan gagal menyiapkan projek sedia ada, kata Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Liow Cai Tung.

 
 

Jualan produk IAT disasar RM350,000


MELAKA, 28 Mei (Bernama) -- Jualan produk industri asas tani (IAT) disasarkan sebanyak RM350,000 yang berlangsung di Bazar Ramadan Aidilfitri IAT di Aeon Bandaraya Melaka di sini dari 6 Mei hingga 4 Jun ini.

 
 

RM1.5 juta geran bantuan kepada 150 MPKK di Melaka diluluskan


MELAKA, 28 Mei (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) meluluskan geran bantuan sebanyak RM1.5 juta kepada Majlis Pembangunan Komuniti Kampung (MPKK) bagi fasa pertama pengagihannya di Melaka tahun ini.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 -


 
 
     
   
 

Saya diminta letak jawatan - Bekas pegawai bank Ambank

 
     

Kerajaan lulus RM34 juta untuk sambung bina rumah kedua generasi Felcra

 
     

Najib tidak pernah tanya mengenai terlebih pengeluaran dalam akaunnya - Saksi

 
     

Rumah 20 peserta projek Mesej Abai, Kinabatangan dibina tahun ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel