Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

JPA sasar 10 peratus pesara guna khidmat kaunter MyPesara

MELAKA, 27 Jun (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyasarkan 10 peratus daripada kira-kira 800,000 pesara kerajaan di seluruh negara akan menggunakan perkhidmatan kaunter MyPesara yang dilaksanakan sejak 1 April lepas.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Borhan Dolah berkata pelaksanaan itu bertujuan memudahkan urusan golongan berkenaan mendapatkan khidmat nasihat dan garis panduan berhubung hal ehwal persaraan. 

"Kaunter MyPesara ini membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap golongan pesara dan memberi pelbagai manfaat terutama kepada mereka yang kurang mahir menggunakan kemudahan teknologi maklumat yang mana ia boleh diakses melalui aplikasi MyPesara. 

"Dengan kaunter ini mereka dapat berurusan secara bersemuka di pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) terdekat bagi mendapatkan pelbagai perkhidmatan termasuk semakan status persaraan, cetakan penyata pencen dan cetakan surat kelulusan faedah persaraan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Sesi Libat Urus bersama Pengurus Sumber Manusia (HR Day) di sini hari ini. 

Pada majlis itu, turut berlangsung majlis perasmian kaunter MyPesara yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka Adly Zahari. Turut hadir SUK Negeri Melaka Datuk Hasim Hasan.....

[ berita penuh ]

 

Tong biru Kampung Desa Melayu kosong dan bersih, tiada sisa kimia - JAS


Oleh Nur Fatin Mohmad Kadenen

JOHOR BAHRU, 27 Jun (Bernama) -- Penemuan tong-tong biru yang didakwa mengandungi sisa kimia di Kampung Desa Melayu semalam, dekat sini, disahkan kosong dan tidak mengandungi sebarang sisa kimia.

 
 

UTeM perluas jalinan kerjasama dengan pihak industri, universiti luar negara


Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) akan memperluaskan jalinan kerjasama dengan pihak industri dan universiti-universiti di luar negara selaras dengan usaha memperkasakan institusi pengajian tinggi bagi menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0.

 
 

Kesedaran kendali bahan petroleum secara selamat masih rendah


Kesedaran dalam mengendalikan bahan-bahan petroleum secara selamat termasuk di stesen minyak, premis perniagaan dan kawasan perumahan dalam kalangan masyarakat dilihat masih rendah.

 
 

Kes rotan pelajar selesai


Kes guru merotan seorang pelajar di sebuah sekolah, di sini, Selasa lepas, akhirnya selesai apabila kedua-dua pihak iaitu pelajar dan ibunya serta guru yang terlibat memohon maaf sesama mereka sendiri, hari ini.

 
 

Melaka bakal bangunkan Resort Harapan urus warga emas


Kerajaan negeri Melaka akan membangunkan sebuah Resort Harapan sebagai persediaan atau pelan jangka pendek untuk negeri itu yang dijangka menjadi 'negeri tua' menjelang 2023, kata Ketua Menteri Adly Zahari.

 
 

Ceroboh Kubur di Bachang: Seorang lagi lelaki ditahan


MELAKA, 27 Jun (Bernama) -- Polis menahan seorang lagi lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes pencerobohan di tempat perkuburan dan merosakkan batu nisan di Tanah Perkuburan Islam As-Syakirin, Bachang, Jumaat lepas.

 
 

Wakil rakyat diminta tunaikan tanggungjawab bawa suara dan kehendak rakyat


JOHOR BAHRU, 27 Jun (Bernama) -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mengingatkan setiap wakil rakyat agar menunaikan tanggungjawab mereka untuk membawa suara dan kehendak rakyat dan bukannya bersuara dan bertindak demi kepentingan diri sendiri.

 
 

Bahan pembelajaran alternatif kepada murid sekolah Pasir Gudang


JOHOR BAHRU, 27 Jun (Bernama) -- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)  Johor telah menyediakan pelbagai bahan pembelajaran alternatif kepada murid-murid sekolah di Pasir Gudang yang terjejas berikutan pencemaran bagi memastikan proses pembelajaran dapat dijalankan secara berterusan.

 
 

Boleh makan durian di kebun Uncle Heng


MELAKA, 27 Jun (Bernama) -- Pemilik kebun durian di Tiang Dua, Melaka, Tan Kung Tai, 58, atau mesra dipanggil ‘Uncle Heng’ menawarkan orang ramai yang berminat untuk membeli durian supaya datang ke kebunnya untuk memilih sendiri buah segar yang baru gugur.

 
 

JDT juara Liga Super buat kali keenam berturut-turut


KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul juara Liga Super 2019 sekali gus melakar sejarah bola sepak tanah air sebagai satu-satunya pasukan memenangi gelaran itu buat kali keenam berturut-turut selepas menundukkan Melaka 2-1, malam ini.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 -


 
 
     
   
 

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel