Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penyusunan portfolio Exco Johor untuk mantapkan pentadbiran

ISKANDAR PUTERI, 22 April (Bernama) -- Penyusunan portfolio sebilangan besar Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) termasuk Menteri Besarnya Datuk Dr Sahruddin Jamal, dilihat sebagai usaha kerajaan negeri dalam memantapkan lagi pentadbirannya.

Pembaharuan itu diumumkan sendiri Dr Sahruddin sendiri dalam sidang media di sini, sebentar tadi. 

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong berkata menerusi penyusunan semula itu, beliau turut memegang portfolio Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan dan Pembangunan Ekonomi negeri. 

Sebelum ini, beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri. 

Selain itu,  penyusunan semula itu turut menyaksikan portfolio lima exco lama iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Yaani, Aminolhuda Hassan; ADUN Kota Iskandar Dzulkefly Ahmad; ADUN Semerah Mohd Khuzzan Abu Bakar; ADUN Bekok Dr S. Ramakrishnan dan ADUN Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali, berubah.....

[ berita penuh ]

 

Penyelesaian berhemah bagi penduduk terlibat projek landasan kereta api berkembar


KLUANG, 21 April (Bernama) -- Masalah yang dihadapi oleh beberapa penduduk, rumah kedai dan kuil di Jalan Mengkibol, di sini, yang terlibat dalam Projek Landasan Keretapi Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (PLBEGJB) di sini akan diselesaikan secara berhemah.

 
 

Roadshow MARI tingkatkan kefahaman mengenai fungsi agensi bawah JK Pembangunan Wanita


KOTA TINGGI, 21 April (Bernama) -- Roadshow MARI (Mesra, Aktiviti, Riadah dan Informatif) yang dianjurkan julung kalinya di negeri ini bertujuan meningkatkan kefahaman masyarakat tentang fungsi pelbagai agensi di bawah Jawatankuasa Pembangunan Wanita Negeri Johor.

 
 

18 PATI ditahan dekat Iskandar Puteri


JOHOR BAHRU, 21 April (Bernama) -- Seramai 18 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia ditahan dalam satu operasi di Sungai Pulai, dekat Iskandar Puteri, dua hari lepas.

 
 

MAINJ tetap kadar zakat fitrah RM7 dan RM10 tahun ini 


JOHOR BAHRU, 21 April (Bernama) -- Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ)  menetapkan dua kadar harga zakat fitrah pada tahun ini iaitu RM7 dan RM10.

 
 

Kanak-kanak 3 tahun maut dalam kemalangan di Kluang


KLUANG, 20 April (Bernama) -- Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun antara dua yang terkorban dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di KM9, Jalan Kluang - Tech Wah Hong, dekat Kluang kira-kira pukul 1.30 petang, di sini hari ini.

 
 

Nelayan maut disambar petir di Port Dickson


PORT DICKSON, 20 April (Bernama) -- Seorang nelayan maut disambar petir dalam kejadian di Jeti Janakuasa Jimah, Bukit Pelanduk di sini, tengah tadi.

 
 

Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil peneroka Felda kekal RM1,500


JEMPOL, 20 April (Bernama) -- Kerajaan akan meneruskan pemberian insentif Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil kepada peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) pada kadar semasa iaitu  RM1,500, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

 
 

34 majikan dikompaun gagal daftar perusahaan, carum untuk pekerja


BATU PAHAT, 19 April (Bernama) -- Sebanyak 34 majikan telah dikompaun oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Cawangan Batu Pahat setelah didapati gagal mendaftar perusahaan dan mencarum pekerja masing-masing melalui ‘Ops Kesan’ bermula 1 April lepas.

 
 

Penduduk minta k'jaan negeri atasi masalah gajah liar masuk kampung


KOTA TINGGI, 19 April (Bernama) -- Penduduk Kampung Lukut dekat sini mahu kerajaan  negeri  mencari jalan dan memandang serius isu gajah liar masuk kampung memusnahkan tanaman mereka.

 
 

Kru kapal lemas terjatuh semasa ke Pulau Tioman


JOHOR BAHRU, 17 April (Bernama) -- Seorang kru kapal feri ditemui mati lemas selepas dipercayai terjatuh ketika dalam pelayaran menghantar penumpang ke Pulau Tioman, petang semalam.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 -


 
 
     
   
 

Pasukan bola sepak Sabah, peserta Unduk Ngadau sertai perarakan Hari Kebangsaan

 
     

Berdepan pertuduhan rogol: Exco Perak dinasihat cuti daripada tugas rasmi

 
     

Senarai penuh Kabinet Sarawak

 
     

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel