Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MAIK tidak pernah paksa peluk islam

GUA MUSANG, 26 Jun (Bernama) -- Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) tidak pernah memaksa mana-mana kaum Orang Asli yang tinggal di pedalaman daerah ini memeluk agama Islam.

Sebaliknya, kata Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi, mereka yang memeluk Islam itu di atas kerelaan sendiri selepas menerima hidayah daripada Allah kerana Islam itu mengajar kehidupan yang lebih berkat dan ceria selalu. 

Beliau berkata, jika ada pihak yang mendakwa MAIK memaksa Orang Asli peluk Islam ia sesuatu tohmahan yang tidak tepat dan sengaja untuk mengelirukan masyarakat berbilang kaum di negara yang mempunyai pilihan sendiri memeluk mana-mana agama. 

Katanya, hanya yang diperjelaskan kepada Orang Asli menerusi dakwahnya bahawa agama Islam adalah yang terbaik dan menjadi pilihan kerana lebih suci dan ada batasan terbaik untuk diamalkan sepanjang hidup. 

"Mereka yang mengeluarkan isu halangan itu mungkin dari pendapat dia sendiri dan di negara kita, hanya Islam agama rasmi," katanya kepada pemberita selepas Majlis Mesra Aidilfitri bersama Masyarakat Orang Aslo di Kampung Aring 5 di sini, hari ini. 

Beliau berkata demikian semasa ditanya berhubung dakwaan pihak tertentu yang kurang senang hati dengan kerja dakwah MAIK yang memaksa Orang Asli memeluk Islam. 

Sebelum itu, beliau turut menyampaikan sumbangan MAIK RM500 kepada setiap keluarga 15 Orang Asli suku Batek Kampung Kuala Koh yang meninggal dunia dipercayai jangkitan kuman demam campak baru-baru ini. 

Dr Nik Mohd Azlan berkata, apa yang diperjelaskan dalam program dakwahnya mengenai kesucian agama itu dan selepas itu terserahlah kepada mereka untuk menilainya sebelum memeluk agama Islam. 

"Apapun kita tidak akan berhenti program dakwah kerana ia amalan baik untuk memberi kesedaran bukan sahaja kepada yang sudah beragama Islam malah bukan Islam," katanya. 

Beliau berkata, MAIK melantik 60 guru agama dalam kalangan Orang Asli Kelantan dan mereka ini memberi bimbingan dan pendidikan agama itu supaya kaum berkenaan hidup dalam keadaan ceria dan penuh berkat.....

[ berita penuh ]

 

Kerjasama KPDNHEP dan PGA7 bongkar kegiatan pemborong di sempadan


PASIR MAS, 26 Jun (Bernama) -- Operasi Bersepadu antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) di sempadan Malaysia-Thailand semalam berjaya membongkar kegiatan sebuah premis pemborong yang disyaki menjual barangan kawalan kepada warganegara jiran.

 
 

Lynas akan kitar semula sisa WLP


KUANTAN,  25 Jun (Bernama) --  Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) akan mengitar semula sisa  penulenan larutan airnya  (WLP) sambil menunggu kemudahan pelupusannya di Australia disiapkan dalam tempoh lima tahun akan datang.

 
 

Kemalangan maut di Gerik: Ketiga-tiga mangsa sahabat karib


KOTA BHARU, 25 Jun (Bernama) -- Tiga yang maut dalam kemalangan melibatkan sebuah MyVi dengan sebuah bas persiaran di Jalan Gerik-Baling, petang semalam merupakan sahabat karib sejak dibangku sekolah rendah.

 
 

Jambatan angkat dijangka dibuka 1 Ogos - Exco Terengganu


KUALA TERENGGANU, 25 Jun (Bernama) -- Jambatan angkat atau ‘drawbridge’ di sini dijangka mula dibuka kepada orang ramai pada 1 Ogos ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau Terengganu, Dr Mamad Puteh.

 
 

Tiada kemalangan bas di Genting Highlands


KUANTAN, 25 Jun (Bernama) -- Polis Pahang hari ini, menafikan dakwaan berlaku kemalangan bas di Genting Highlands, yang tular di media sosial sejak semalam.

 
 

Empat remaja bergaduh didenda RM1,000


KUANTAN, 25 Jun (Bernama) -- Empat remaja lelaki masing-masing didenda RM1,000 selepas mengaku bersalah terlibat dalam pergaduhan di perkarangan sebuah restoran makanan segera di sini, minggu lalu.

 
 

Tiga maut nahas jalan raya di Gerik


GERIK, 24 Jun (Bernama) -- Tiga maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan sebuah bas persiaran di Jalan Raya Gerik-Kupang, Baling berhampiran Simpang Kampung Tanjong Kala di sini, lewat hari ini.  

 
 

JPJ Terengganu senarai hitam 256 pemandu kereta klon


Seramai 256 pemandu kereta klon telah disenaraihitam sejak 2015 hingga Mei tahun ini kerana gagal hadir ke mahkamah, kata Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Zulkarnain Yasin.

 
 

Cukai perniagaan digital akan wujud suasana perniagaan lebih adil - Pertunas


Persatuan Tunas Usahawan Nasional (Pertunas) menyambut baik cadangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengenakan cukai perniagaan dalam talian.

 
 

Mayat lelaki ditemui terapung di tali air


Mayat seorang lelaki ditemui terapung di tali air di Kampung Gong Baru, di sini kira-kira pada 7.30 pagi tadi.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 - 105 - 106 - 107 - 108 - 109 - 110 - 111 - 112 - 113 - 114 - 115 - 116 - 117 - 118 - 119 - 120 - 121 - 122 - 123 - 124 - 125 - 126 - 127 - 128 - 129 - 130 - 131 - 132 - 133 -


 
 
     
   
 

Wakil jabatan audit mengaku rakam mesyuarat "pinda laporan audit 1MDB"

 
     

Pasukan audit 1MDB terkejut dengar gugur penyata kewangan - Saksi

 
     

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel