Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

APM Pahang tambah anggota di menara penyelamat pantai

KUANTAN, 30 Mac (Bernama) -- Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang akan menambah jumlah anggotanya di setiap menara penyelamat pantai pelancongan di negeri ini pada musim cuti panjang. 

Penolong Pengarah Seketariat dan Pengurusan Bencana Operasinya Mejar Mohd Zairosnizam Mohd Tarmizi berkata langkah itu bagi tujuan pengawasan keselamatan pengunjung yang bertambah pada waktu tersebut. 

"Kebiasaannya hanya empat anggota pasukan penyelamat pantai yang bertugas pada hujung minggu bermula Jumaat, dari 8 pagi hingga 6 petang, yang akan ditambah kepada enam orang pada cuti panjang khususnya pada cuti sekolah. 

"Mereka akan bertugas setiap hari mengikut jadual berkala selama 12 jam dengan melakukan rondaan persisiran pantai dan memantau keadaan sekitar dari menara tinjau," katanya.

Mohd Zairosnizam berkata demikian selepas merasmikan majlis penutupan Program Komuniti Bencana Life-Saving Instruction For Emergency With Youth antara APM dan Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTM KL) di Pantai Teluk Cempedak di sini, hari ini.....

[ berita penuh ]

 

Bapa mahu bebaskan anak ditahan Kastam kena tipu RM8,000


KUANTAN, 30 Mac (Bernama) -- Seorang bapa kerugian RM8,000 akibat ditipu oleh seorang lelaki yang mendakwa “mengenali orang dalam Kastam” yang dapat membebaskan anaknya yang ditahan bagi membantu siasatan kes penyeludupan rokok.

 
 

Remaja lembam hilang selamat pulang ke rumah


KUANTAN, 30 Mac (Bernama) -- Remaja lembam yang dilaporkan hilang sejak Selasa lepas, selepas masuk ke dalam hutan di Kampung Lengkong di Karak, Bentong dekat sini kerana merajuk telah kembali ke rumah.

 
 

Penghantar surat khabar maut di LPT


KUANTAN, 29 Mac (Bernama) -- Seorang pemandu van yang dalam perjalanan menghantar surat khabar arus perdana dari ibu kota ke sini, maut selepas van dipandunya merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 164.1 Lebuh Raya Pantai Timur 1, dekat Maran hari ini. 

 
 

Pembantu tadbir didakwa palsu tuntutan rawatan kesuburan RM209, 233


KUANTAN, 29 Mac (Bernama) -- Seorang pembantu tadbir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas 32 tuduhan membuat tuntutan palsu berkaitan rawatan perubatan kesuburan bernilai RM209,233, sejak tahun 2014. 

 
 

Jurutera maut kemalangan baru sambut ulang tahun perkahwinan pertama


BACHOK, 29 Mac (Bernama) --  Jurutera yang maut bersama empat anggota keluarganya dalam kemalangan dengan sebuah bas ekspres di Kampung Jeram Besu di sini, awal pagi semalam, baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan pertama.

 
 

Demi kelestarian alam sekitar, 1.2 juta anak pokok ditanam di Terengganu


BANDAR PERMAISURI, 28 Mac (Bernama) – Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu berjaya menanam sebanyak 1.2 juta anak pokok tahun lepas bagi memastikan kelestarian alam sekitar.

 
 

Ikan bekok pembuka selera masyarakat Kelantan


Oleh Bashariah Zainuddin

TUMPAT, 28 Mac (Bernama) -- Budu, cencaluk dan ikan pekasam adalah antara makanan "pembuka selera" yang digemari masyarakat Melayu di Malaysia, namun tidak ramai yang tahu mengenai "ikan bekok", yang juga dikategorikan sebagai pembuka selera popular terutama dalam kalangan masyarakat Kelantan.

 
 

Lima sekeluarga maut kereta bertembung bas di Raub


KUANTAN, 28 Mac (Bernama) -- Lima sekeluarga maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres di Km325 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu, berhampiran Kampung Jeram Besu, Raub dekat sini awal hari ini. 

 
 

Kesedar henti bayaran sara hidup 2,228 peneroka tahun depan


GUA MUSANG, 27 Mac (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) akan menghentikan bayaran sara hidup RM1,000 sebulan kepada 2,228 peneroka di lapan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) agensi itu tahun depan. 

 
 

Yayasan Pahang sumbang 2,500 botol air minuman kepada penduduk Chini


PEKAN, 27 Mac (Bernama) -- Yayasan Pahang hari ini, menyumbangkan 2,500 botol air minuman kepada penduduk sekitar Chini, bagi membantu mereka yang mengalami masalah bekalan air sejak sebulan lalu. 

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 - 105 - 106 - 107 - 108 - 109 - 110 - 111 -


 
 
     
   
 

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     

Semua sekolah di Putrajaya dibuka esok

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel