Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Aidiladha : 1.647 juta kenderaan dijangka di lebuh raya Karak

KUANTAN, 9 Ogos (Bernama) -- Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur yang merupakan laluan utama dari Pantai Barat ke Pantai Timur dijangka merekodkan 1.647 juta kenderaan sempena cuti Hari Raya Aidiladha. 

Menurut kenyataan media pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) Anih Berhad di sini hari ini, pihaknya menjangka 583,00 kenderaan akan menggunakan LPT1 yang merupakan laluan utama ke Pahang dan Terengganu.

"Anih Berhad menjangkakan purata harian kenderaan yang bakal menggunakan kedua-dua lebuh raya meningkat sehingga 60 peratus berbanding hari biasa iaitu 109,000 kenderaan sehari bagi KLK dan 42,500 kenderaan untuk LPT1. 

"Kenderaan dijangka mula meningkat pada petang hari ini sehingga esok bagi perjalanan ke Pantai Timur manakala peningkatan perjalanan ke ibu kota dijangka berlaku pada petang 12 hingga 13 Ogos serta 17 dan 18 Ogos bagi peringkat kedua," menurut kenyatan itu.....

[ berita penuh ]

 

Lynas: penduduk buat laporan terhadap Wong Tack, pengerusi SMSL


Penduduk kampung di Balok di Kuantan hari ini, membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Bentong Wong Tack dan Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) Tan Bun Teet berhubung isu kilang memproses nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas). 

 
 

Skuad roda tiga 'coley' pungut sampah kawasan pinggir Kota Bharu


KOTA BHARU, 9 Ogos (Bernama) -- Majis Bandaraya Kota Bharu-Bandaraya Islam(MPKB-BRI)  memulakan usaha kreatif bagi memungut sampah di kawasan pinggir bandar yang tidak mempunyai jalan yang cukup lebar untuk dimasuki lori sampah dengan menyediakan skuad bermotosikal roda tiga atau ‘coley’.  

 
 

27 mahasiswa UniSZA sertai Program Solidariti Kemanusiaan Pelarian Syria


KUALA NERUS, 9 Ogos (Bernama) -- Seramai 27 mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyertai Program Solidariti Kemanusiaan Pelarian Syria selama lapan hari di Turki, bermula hari ini.

 
 

YPU lahir 107 usahawan, jana jualan RM8.8 juta


KUALA TERENGGANU, 9 Ogos (Bernama) -- Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu berjaya melahirkan 107 usahawan baharu dengan hasil jualan sebanyak RM8.8 juta dalam tempoh setahun lepas.

 
 

Tiada cubaan culik pelajar di Dungun - Polis


DUNGUN, 8 Ogos (Bernama) -- Tiada sebarang kejadian cubaan culik oleh seorang wanita di sekolah rendah di sini seperti yang ditularkan di media sosial, kata Ketua Polis Daerah Dungun Supt Baharudin Abdullah.

 
 

Larangan berniaga di persimpangan lampu isyarat cetus pelbagai reaksi


KUALA TERENGGANU, 8 Ogos (Bernama) -- Langkah kerajaan Terengganu menguatkuasakan larangan berniaga di persimpangan lampu isyarat berkuat kuasa serta-merta hari ini membangkitkan reaksi pelbagai pihak.

 
 

Tiada sebab untuk Perdana Menteri letak jawatan - Mohd Amar


KOTA BHARU, 8 Ogos (Bernama) -- Tiada sebab untuk Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meletakkan jawatan, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

 
 

Kenderaan klon tarikan lelongan awam JPJ Pahang


KUANTAN, 8 Ogos (Bernama) -- Kenderaan klon termasuk kenderaan mewah yang sudah dilesenkan semula menjadi tarikan pada sesi lelongan awam, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang yang berlangsung di ibu pejabatnya di sini, hari ini.

 
 

Polis Kelantan tahan empat suspek bantu siasatan kes kebakaran tujuh premis


KOTA BHARU, 8 Ogos (Bernama) -- Polis menahan empat lelaki berumur antra 15 dan 45 tahun bagi membantu siasatan berhubung kejadian kebakaran tujuh premis di Jalan Dusun Muda di sini pada 5 Ogos lepas.

 
 

Polis Kelantan siasat penularan gambar suspek serbuan di laman sosial.


PASIR MAS, 8 Ogos (Bernama) -- Polis akan menyiasat berhubung penyebaran gambar suspek dan lokasi serbuan polis yang telah ditularkan oleh pengendali satu grup di laman Facebook.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 - 105 - 106 - 107 - 108 - 109 - 110 - 111 - 112 - 113 - 114 - 115 - 116 - 117 - 118 - 119 - 120 - 121 - 122 - 123 - 124 - 125 -


 
 
     
   
 

Penerbit filem cabar Syed Saddiq

 
     

ESSCom: 40 cubaan culik digagalkan

 
     

Penggiat industri pelancongan Johor telah diberi taklimat berhubung koronavirus - Exco

 
     

Pengusaha cendawan turut terjejas akibat cuaca panas

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel