Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pemandu maut dilanggar semasa periksa lori rosak

KUANTAN, 22 Jun (Bernama) -- Seorang pemandu lori maut akibat dirempuh sebuah lori lain, semasa sedang memeriksa kerosakan lori dipandunya di Kilometer 85 Lebuhraya Utama Tengah (CSR) di Lipis, hari ini. 

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata pemandu lori yang disyaki melanggar mangsa, S. Ghanes Kumar, 23, telah melarikan diri selepas melihat mangsa parah dan terbaring di bahu jalan. 

Katanya, menurut keterangan kelindan lori mangsa, M. Jeganathan, 22, kejadian berlaku pada 7 pagi, semasa mereka dalam perjalanan dari Raub menghala ke Gua Musang, Kelantan. 

"Mangsa dikatakan telah memberhentikan lori di bahu kiri jalan kerana mahu memeriksa lori yang rosak apabila sebuah lori datang dan melanggar mangsa yang berada di belakang kanan lori. 

"Kemalangan itu menyebabkan mangsa melambung sebelum jatuh di kiri jalan dan lori yang terlibat dikatakan terus meninggalkan tempat kejadian," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. 

Azli berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat. 

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis meminta orang ramai yang melihat kejadian untuk tampil membantu siasatan. 

-- BERNAMA

.
.....

[ berita penuh ]

 

Pengayuh basikal warga emas mulakan cabaran kayuhan 15 hari


KOTA BHARU, 22 Jun (Bernama) -- Pengayuh basikal warga emas, Wan Hashim Wan Mahmood, 73, hari ini memulakan kayuhannya bagi mencipta rekod peribadi kelimanya dalan Malaysia Books of Records (MBOR).

 
 

MAQIS, PGA7 rampas 4,000 biji kelapa cuba diseludup masuk ke Malaysia


KOTA BHARU, 21 Jun (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) bersama Batalion Ketujuh Pasukan Gerakan Am (PGA7), merampas 4,000 biji buah kelapa bernilai RM10,000, dalam satu serbuan di sebuah pangkalan haram Lubok Gong, Pasir Mas, Rabu lepas.

 
 

"Kami ok," kata Orang Asli Semaq Beri


HULU TERENGGANU, 21 Jun (Bernama) -- "Usah risau kami ok,” kata wakil Orang Asli suku Semaq Beri, Ibrahim Awang, setelah menyedari 'kehilangan’ secara beramai-ramai kaum itu dari penempatan Sungai Berua merunsingkan banyak pihak.

 
 

Perwakilan PAS gesa berhati-hati taawun dengan UMNO


KUANTAN, 20 Jun (Bernama) -- 'Taawun' atau tolong-menolong dalam perkara yang baik, antara PAS dan UMNO menjadi fokus pada Muktamar Dewan Ulama PAS ke-58 apabila para perwakilan negeri menggesa kepimpinan parti itu berhati-hati dan berwaspada dengan kerjasama itu.

 
 

Rosmadi pertimbang rebut jawatan Presiden KAFA


PETALING JAYA, 20 Jun (Bernama) -- Bekas naib presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Rosmadi Ismail tidak menolak kemungkinan untuk bertanding jawatan Presiden persatuan berkenaan sekiranya mendapat pencalonan daripada Persatuan Bola Sepak Jajahan negeri itu.

 
 

Wabak demam campak kalangan Orang Asli Kuala Koh rekod 43 kes


PUTRAJAYA, 20 Jun (Bernama) -- Sejumlah 43 kes daripada 113 kes melibatkan Orang Asli suku Batek di Kuala Koh, Gua Musang di Kelantan, didapati positif wabak demam campak, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

 
 

Pemilik haiwan liar perlu waspada, ia boleh bertukar ganas


KUALA TERENGGANU, 20 Jun (Bernama) -- Haiwan liar masih cenderung bertindak ganas meskipun telah dipelihara sejak kecil dan hidup jauh dari habitat asal mereka.

 
 

Peniaga rugi RM10,000 beli delima merah 'ibu duit'


Seorang peniaga kedai runcit mendakwa kerugian RM10,000 selepas membeli sebutir delima merah yang dikatakan sebagai 'ibu duit' daripada seorang bomoh warga Indonesia. 

 
 

MAIK agih hampir RM32.5 juta bantu golongan asnaf


KOTA BHARU, 20 Jun (Bernama) -- Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)  telah mengagihkan sebanyak RM32.5 juta bagi suku pertama tahun ini kepada enam golongan asnaf di negeri ini. 

 
 

FAMA giat tambah penanam labu manis bagi penuhi permintaan


KUALA TERENGGANU, 20 Jun (Bernama) -- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan melakukan penjadualan semula penanaman labu manis bagi mengatasi masalah kemerosotan bekalan, yang sering berlaku pada musim tengkujuh.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 - 105 - 106 - 107 - 108 - 109 - 110 - 111 - 112 - 113 - 114 - 115 - 116 - 117 - 118 - 119 - 120 - 121 - 122 - 123 - 124 - 125 - 126 - 127 - 128 - 129 - 130 - 131 - 132 - 133 -


 
 
     
   
 

Wakil jabatan audit mengaku rakam mesyuarat "pinda laporan audit 1MDB"

 
     

Pasukan audit 1MDB terkejut dengar gugur penyata kewangan - Saksi

 
     

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel