Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerjasama PAS-UMNO dijangka terus dikupas dalam Muktamar PAS 2019

KUANTAN, 18 Jun (Bernama) -- Kerjasama antara PAS dan UMNO dijangka terus menjadi topik utama yang akan dikupas oleh perwakilan yang menghadiri Muktamar Tahunan PAS ke-65 yang akan berlangsung di sini pada 21 hingga 23 Jun ini. 

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata perbincangan ke arah kerjasama kedua-dua parti itu selari percaturan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak. 

"Saya tidak merasakan akan timbul persoalan atau bantahan daripada perwakilan berhubung perpaduan PAS-UMNO kerana perihal untuk bekerjasama sudah dinyatakan sebagai pendirian parti dan pendirian Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang)," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini. 

Ini bukan kali pertama anggota perwakilan berpeluang membincangkan isu berkenaan kerana topik sama telah menjadi antara agenda utama sejak Muktamar Tahunan Pas ke-64 di Terengganu tahun lepas, selepas kedua-dua parti secara terbuka menyokong satu sama lain bermula dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis dan Seri Setia.

Menurut Takiyuddin seramai 1,200 perwakilan akan mengambil bahagian pada persidangan kali ini yang akan diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (SUKPA) di Bandar Indera Mahkota, di sini. 

Majlis perasmian persidangan itu akan disempurnakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Menurut Takiyuddin beberapa 'nama besar' UMNO juga dijangka menghadiri perasmian muktamar antaranya Timbalan Presiden yang menjalankan tugas Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man. 

"Selain itu, kita juga menjangkakan kehadiran pemimpin UMNO lain termasuk daripada Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri," katanya. 

Beliau berkata isu kerjasama PAS-Umno juga dijangka menjadi tumpuan pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS ke-60 yang akan membuka tirai persidangan di Bukit Gambang Resort City di sini, esok. 

Selain itu, menurut Takiyuddin, turut akan berlangsung ialah Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Pusat ke-58 yang akan diadakan di Wisma Belia Bandar Indera Mahkota pada 20 Jun ini. 

Sementara itu, penganalisis politik Prof Dr Ahmad Atory Hussain mengakui walaupun kerjasama PAS-UMNO tidak mustahil untuk direalisasikan, namun ia bukan kerja mudah khususnya untuk memastikan ia mampu berterusan sehingga ke pilihan raya umum akan datang. 

Pembahagian kerusi antara kedua-dua parti dijangka menjadi cabaran utama mengambil kira kesediaan dan keikhlasan parti berkenaan untuk mengorbankan kerusi, khususnya yang membabitkan kerusi tradisi, katanya. 

"Menyerahkan kerusi bukan perkara mudah, baik kepada mana-mana sahaja parti politik. Mengambil kira contoh PAS, adakah mereka sanggup mengurangkan jumlah calon yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dan Terengganu? 

Ahmad Atory yang juga bekas profesor Sains Politik di Universiti Sains Malaysia (USM) berpandangan, isu penyatuan PAS-UMNO juga masih belum benar-benar padu dalam kalangan akar umbi, walaupun isu itu sering dimainkan oleh pemimpin parti tersebut. 

Beliau menambah terlalu awal untuk mengatakan kerjasama PAS-UMNO boleh menjamin kemenangan pada PRU-15 dengan hanya mengambil kira kemenangan parti pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau, Cameron Highlands dan Semenyih. 

"Ini kerana Kerusi DUN Rantau dan Parlimen Cameron Highlands memang milik BN manakala pada PRK DUN Semenyih, kemenangan BN bukanlah dengan majoriti yang terlalu selesa kerana hanya lebih 1,000 undi," katanya. 

-- BERNAMA

 


 

.....

[ berita penuh ]

 

KAFA belum terima surat peletakan jawatan Bibi Ramjani


KOTA BAHRU, 18 Jun (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) belum menerima surat peletakan jawatan Bibi Ramjani Ilias Khan sebagai presiden persatuan itu, selepas mengumumkannya menerusi Facebook rasminya hari ini.

 
 

Hanya 13 murid Orang Asli Sungai Berua hadir ke sekolah


KUALA TERENGGANU, 18 Jun (Bernama) -- Hanya 13 daripada 109 murid Orang Asli hadir ke Sekolah Kebangsaan Sungai Berua hari ini, kata Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussain.

 
 

Bibi Ramjani umum letak jawatan Presiden KAFA melalui Facebook rasminya


KOTA BHARU, 18 Jun (Bernama) -- Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Bibi Ramjani Ilias Khan mengumumkan meletakkan jawatan yang disandangnya itu, menerusi laman Facebook rasminya hari ini.

 
 

Pahang lulus peruntukan segera bantu 57 keluarga mangsa ribut sekitar Temerloh


KUANTAN, 18 Jun (Bernama) -- Kerajaan negeri Pahang hari ini meluluskan peruntukan segera bagi membantu 57 buah keluarga yang terjejas akibat ribut di beberapa buah kampung sekitar Temerloh semalam.

 
 

TNB perhebat program pemuliharaan kelip-kelip di Kampung Yak Yah


CHUKAI, 18 Jun (Bernama) -- Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersama komuniti setempat menanam 1,000 pokok berembang, di Kampung Yak Yah, dekat Ibok di sini, bagi memperhebatkan lagi program pemuliharaan koloni kelip-kelip di kampung berkenaan.

 
 

IMARET akan bekal sistem air terawat di Kuala Koh


KOTA BHARU, 18 Jun (Bernama) -- Pasukan Tindakan dan Bantuan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMARET) akan memasang sistem rawatan air lapangan, SafeWhere di Kampung Orang Asli Kuala Koh bagi membekalkan air terawat kepada komuniti di situ.

 
 

Polis Pasir Mas rampas dadah bernilai RM3.4 juta sehingga Mei


PASIR MAS, 18 Jun (Bernama) -- Polis Daerah Pasir Mas merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM3.4 juta dari Januari sehingga Mei tahun ini.

 
 

Rugi selepas tukar wang melalui kenalan media sosial


KUANTAN, 18 Jun (Bernama) -- Hasrat seorang peniaga wanita untuk membeli rantai kristal tidak kesampaian selepas diperdayakan dalam urusan penukaran mata wang dengan individu yang dikenalinya menerusi aplikasi komunikasi sosial, Ahad lepas.

 
 

DUN Kelantan rakam takziah kepada Allahyarham Morsi


KOTA BHARU, 18 Jun (Bernama) -- Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini merakamkan ucapan takziah kepada anggota keluarga bekas Presiden Mesir Mohamed Morsi yang meninggal dunia ketika sedang dibicarakan.

 
 

Tarikh pindah peniaga Pasar Payang ke bangunan sementara diumum tidak lama lagi


KUALA TERENGGANU, 17 Jun (Bernama) -- Tarikh pemindahan peniaga di Pasar Besar Kedai Payang ke premis sementara, Pasar Payang 2 di sini, akan diumum dalam tempoh terdekat selepas Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri. 

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 - 105 - 106 - 107 - 108 - 109 - 110 - 111 - 112 - 113 - 114 - 115 - 116 - 117 - 118 - 119 - 120 - 121 - 122 - 123 - 124 - 125 - 126 - 127 - 128 - 129 - 130 - 131 - 132 - 133 -


 
 
     
   
 

Wakil jabatan audit mengaku rakam mesyuarat "pinda laporan audit 1MDB"

 
     

Pasukan audit 1MDB terkejut dengar gugur penyata kewangan - Saksi

 
     

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel