Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Chef Wan dinobat Tokoh Ikon Felda 2019

ROMPIN, 7 Julai (Bernama) -- Generasi kedua Felda yang berjaya membawa nama negara ke seluruh pelusuk dunia menerusi masakan, Datuk Redzuawan Ismail dinobatkan sebagai Tokoh Ikon Felda 2019 di sini, hari ini. 

Redzuawan atau lebih dikenali sebagai Chef Wan menerima pengiktirafan itu daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan di Felda Selancar 3 di sini, hari ini. 

Beliau yang ditemui Bernama pada majlis itu berharap kejayaan itu akan mendorong generasi Felda untuk berusaha sehabis mungkin dalam mencapai kejayaan dan merealisasikan impian sehingga ke peringkat tertinggi. 

"Saya generasi Felda Sungai Koyan di Lipis...gembira bila menerima pengiktirafan ini kerana merasakan usaha saya selama 35 tahun dalam bidang masakan dihargai sehingga ke peringkat ini.

"Ia juga menjadi ruang untuk saya menyumbang kembali kepada Felda dan mungkin boleh memberi nasihat dan pandangan demi kemajuan dan pembangunan Felda kerana nilainya begitu sentimental kepada saya," katanya. 

Mementingkan sikap untuk berjaya dan berpegang pada prinsip 'di mana ada kemahuan, di situ ada jalan', pemilik restoran masakan Melayu, De.Wan 1958 itu berkata usaha tanpa jemu meletakkan beliau di tahap yang dilihat masyarakat pada masa ini. 

Katanya, niat untuk berubah perlu ditanam dalam diri sendiri dan kesusahan semasa kecil mendorong beliau untuk tidak mahu berada di tangkuk sama untuk masa yang panjang. 

"Saya dulu hidup susah dengan adik-beradik seramai sembilan orang, dengan pendapatan ayah yang tidak seberapa...saya turut membantu bekerja di ladang sawit selain menanam sayur untuk keperluan keluarga.....

[ berita penuh ]

 

Polis tahan tiga lelaki edar pil WY di Gua Musang


GUA MUSANG, 7 Julai (Bernama) -- Polis menahan tiga lelaki dipercayai aktif mengedar dadah dalam dua serbuan berasingan di Kampung Jerek Luar, Bertam, Selasa lepas.

 
 

Kukuh perpaduan melalui penyatuan parti - Mohd Radzi


Penyatuan parti-parti politik Melayu dalam satu komponen dilihat mampu memperkukuhkan perpaduan dan kuasa politik orang Melayu.

 
 

Wan Abdul Rahim presiden KAFA yang baharu


Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, dipilih sebagai presiden baharu Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bagi sesi 2019/2013 menerusi Kongres Agung Luar Biasa (EGM) persatuan itu yang diadakan hari ini. 

 
 

Perkeso bantu pesakit lumpuh dan buta di Pantai Cahaya Bulan


Kesengsaraan hidup seorang lelaki yang lumpuh dan buta kedua-dua mata sejak setahun lepas sedikit terubat apabila menerima bantuan lampin pakai buang serta kerusi roda daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) hari ini.

 
 

Pelajar Kelantan wakili negara ke pertandingan IBBC


Pelajar Sekolah Menengah Sains (SMS) Tengku Muhammad Faris Petra, Ahmad Darwisy Shaifuzain, 17, bakal mewakili Malaysia ke International Brain Bee Championships (IBBC) anjuran International Brain Research Organisation (IBRO) di Daegu, Korea Selatan September ini.

 
 

Penipuan umrah: dua wanita ditahan


Polis Pahang menahan dua wanita bagi membantu siasatan kes penipuan umrah yang dipercayai aktif di beberapa daerah sekitar negeri ini. 

 
 

Polis rampas 280 kilogram daun ketum di Pasir Puteh


Polis menahan seorang lelaki berusia 51 tahun dan merampas 280 kilogram (kg) daun ketum bernilai RM8,300 dalam satu serbuan di Kampung Telaga Papan, Semerak di sini, Khamis lepas.

 
 

PAS tidak jamin kerjasama dengan pihak lain akan kekal - Ahmad


KOTA BHARU, 6 Julai (Bernama) -- Kehendak politik terutama berkaitan penyatuan orang Melayu Islam dalam satu gagasan mungkin berubah dari semasa ke semasa, kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob.

 
 

Felda minta peneroka berubah menjadi lebih berdaya maju


Oleh Kurniawati Kamarudin

ROMPIN, 6 Julai (Bernama) – Model perniagaan baharu Felda bakal menjadi tumpuan utama pada sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan di Felda Selancar 3, Muadzaam Shah esok.

 
 

Pengurusan baharu KAFA diminta ambil perhatian kebajikan pemain, jurulatih Kelantan


KOTA BHARU, 6 Julai (Bernama) -- Pengurusan baharu Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang akan dipilih pada Kongres Agung Luar Biasa (EGM) persatuan terbabit hari ini diminta mengambil perhatian terhadap kebajikan pemain dan barisan kejurulatihan pasukan Kelantan terutama dari aspek tunggakan gaji.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 -


 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan galakkan pihak swasta ketengahkan ilmu robotik di sekolah tahfiz

 
     

Sultan Ibrahim lancar buku Kembara Mahkota Johor 2001-2018

 
     

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel