Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

'Ide gile' dua beranak wujud hotel kapal terbang dalam hutan

Oleh Siti Salwa Shaari

KUANTAN, 21 Mei (Bernama) -- 'Ide gila' dua beranak sejak tiga tahun lepas, mencetuskan kewujudan hotel kapal terbang, dipercayai yang pertama seumpamanya di negara ini. 

Kevin Young Thien Sheng, 30, berkata, hasrat untuk membuka hotel unik itu yang menggunakan pesawat Boeing 737-400 dijangka dapat direalisasikan pada awal tahun hadapan, memandangkan beliau baharu 'memindahkan' kapal terbang itu ke Sungai Lembing di sini. 

Sambil tersenyum, Kevin berkata pesawat itu dibeli ayahnya, Young Yeong Long, 61, daripada sebuah syarikat penerbangan yang perlu melupuskan pesawat yang telah melebihi tempoh perkhidmatan. 

"Kerja yang paling sukar ialah membawa pesawat dari Selangor ke sini. Kami perlu memotong pesawat kepada beberapa bahagian, menyewa lima buah treler dan dua buah kren untuk mengangkat pesawat pada awal bulan Mei. 

"Kami juga perlu membuat jalan khas supaya kenderaan yang membawa pesawat dapat masuk ke resort. Kami sedaya upaya tidak mahu menebang pokok di sini, namun terpaksa juga memotong satu dua (pokok) bagi memuatkan bahagian sayap," katanya kepada Bernama di sini, hari ini. 

Kevin berkata, mereka mengambil masa selama dua bulan merancang 'perjalanan' pesawat itu ke sini, supaya kenderaan membawa pesawat itu tidak menganggu aliran trafik khususnya laluan jalan raya Persekutuan sebelum memasuki lebuh raya. 

"Paling seronok ialah apabila kami mula memasuki Sungai Lembing. Berita tentang pesawat ini tersebar begitu cepat dan orang ramai beratur di tepi jalan untuk melihat sendiri... suasana begitu meriah ibarat pesta pada hari itu," katanya. 

Beliau, graduan sarjana muda Universiti Lim Kok Wing, enggan mendedahkan jumlah yang dibelanjakan untuk membeli pesawat itu, sekadar senyum dan berkata 'sangat mahal' selain perlu mematuhi prosedur yang sangat ketat. 

Walaupun mengeluarkan belanja yang besar, Kevin menambah mereka mungkin membina hanya lima buah bilik daripada keseluruhan 36.57 meter (120 kaki) pesawat itu bagi menjamin keselesaan pengunjung. 

"Saya mahu mengekalkan ciri-ciri pesawat seperti pintu masuk... jadi mungkin satu dua bilik akan menggunakan pintu bagasi sebagai pintu masuk dan ada bilik akan diakses menggunakan pintu masuk penumpang. Ini memberi pengalaman tersendiri kepada pengunjung. 

"Bahagian kokpit pula akan dikekalkan supaya semua pengunjung boleh merakamkan kenangan. Tren terkini pengunjung mahu gambar yang cantik untuk dimuatnaik dalam laman sosial khususnya di Instagram," katanya.

Bagi merealisasikan impian itu, Kevin memberitahu beliau kini 'meninggalkan sementara' urusan perniagaannya di Kuala Lumpur kerana mahu seluruh tenaga dan masa ditumpukan kepada pembinaan hotel itu, supaya siap mengikut jadual. 

Katanya, mereka tidak mempunyai banyak masa kerana telah menghabiskan dua tahun 'meronda ke pelbagai tempat' bagi mencari pesawat yang semuanya berakhir dengan kehampaan kerana keadaan kapal terbang yang tidak sesuai. 

"Ada yang kata lebih murah dan mudah jika kami hasilkan sahaja bangunan berbentuk kapal terbang. Tapi saya tidak mahu kerana perasaannya tidak sama jika dibandingkan dengan menggunakan sebuah pesawat betul," katanya.  

Sejak dua minggu lepas, Kevin berkata rutin hariannya adalah membuka setiap lekapan dalam pesawat bagi mendapat ukuran dalaman sebenar sebelum beliau boleh mereka bentuk dalaman bilik, yang setiap satu akan memiliki bilik air sendiri. 

"Kami menempatkan pesawat ini di kawasan hutan kerana mahu bersatu dengan konsep semulajadi supaya menjadi pilihan pengunjung yang ingin melarikan diri daripada kesibukan bandar," katanya. 

Kevin berkata bagi 'melindungi' keunikan hotel itu, mereka sedang mendaftarkan jenama hotel kapal terbang itu dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) kerana berhasrat mahu membuka hotel dengan konsep serupa di lokasi berbeza. 

-- BERNAMA

.....

[ berita penuh ]

 

KADA galak rakyat Kelantan tanam kopi


TUMPAT, 21 Mei (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) mahu menggalakkan penduduk Kelantan menanam kopi sebagai usaha mengembangkan industri itu berikutan 'trend' di seluruh dunia yang meminati minuman berkenaan.

 
 

Remaja hancur lima jari tangan akibat main mercun


BESUT, 20 Mei (Bernama) -- Akibat bermain mercun seorang remaja lelaki berusia 13 tahun hilang kelima-lima jari tangan kanannya dalam satu kejadian di Kampung Kubang Ikan, di sini, hari ini.

 
 

32,951 rumah mampu milik siap dibina sejak tiga bulan pertama 2019


CHUKAI, 20 Mei (Bernama) -- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjaya menyiapkan 32,951 unit kediaman Rumah Mampu Milik (RMM) di seluruh negara dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

 
 

Wajib selesai sisa buangan walaupun berpindah - Fuziah


Kilang pemprosesan nadir bumi, Lynas (Malaysia) Sdn Bhd (Lynas) wajib menyelesaikan masalah sisa buangannya di Gebeng di sini, walaupun memindahkan operasinya ke negara lain. 

 
 

Pembangunan MCKIP angkat jenama Malaysia ke antarabangsa


Pembangunan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) yang terletak di Gebeng di sini, mampu mengangkat jenama barangan buatan Malaysia ke persada antarabangsa.

 
 

Polis rampas daun ketum di Jeli


Polis merampas daun ketum seberat 430 kilogram bernilai RM13,000 di Kampung Salor, Batu Melintang dalam satu sekatan jalan raya Sabtu lepas.

 
 

Jambatan angkat dibuka kepada orang ramai 2 Jun


Jambatan angkat atau ‘drawbridge’ yang menghubungkan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus akan dibuka kepada orang ramai pada 2 Jun hingga 17 Jun ini sebagai percubaan kepada prestasi sistem operasinya.

 
 

PGA9 rampas haiwan seludup bernilai hampir RM1 juta di sempadan


PASIR MAS, 20 Mei (Bernama) -- Pasukan Gerakan Am Batalion 9 (PGA9) berjaya membuat rampasan sebanyak 235 ekor lembu, kambing (46), biri-biri (38) dan empat ekor kerbau bernilai hampir RM1 juta hanya dalam tempoh 72 jam ditugaskan di sempadan Kelantan-Thailand.

 
 

Ugut Ketua Polis Daerah: DAP ambil tindakan sewajarnya


KUANTAN, 20 Mei (Bernama) -- DAP akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap seorang pemimpin bahagian parti itu di Pahang yang didakwa mengugut Ketua Polis Daerah Jerantut, kata Timbalan Setiausaha Agungnya, Nga Kor Ming. 

 
 

Syarikat bas E-Mutiara jamin pemandu mereka bebas dadah


KOTA BHARU, 20 Mei (Bernama) -- Konsortium E-Mutiara Berhad (E-Mutiara) memberi jaminan 180 pemandu bas syarikat berkenaan adalah bebas daripada segala penyalahgunaan bahan terlarang khususnya dadah.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 - 105 - 106 - 107 - 108 - 109 - 110 - 111 - 112 - 113 - 114 - 115 - 116 - 117 - 118 - 119 - 120 - 121 - 122 - 123 - 124 - 125 - 126 - 127 - 128 - 129 -


 
 
     
   
 

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     

Sultan Nazrin rasmi Ekspo Antarabangsa Perak 2019

 
     

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel