Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Peniaga patuh arahan penutupan premis dikecualikan bayaran lesen perniagaan

KOTA BHARU, 1 Jan -- Pemilik kedai makan, warung atau restoran di negeri ini yang mematuhi saranan kerajaan Kelantan untuk mengehadkan waktu operasi sehingga 12 tengah malam akan dikecualikan bayaran lesen perniagaan selama setahun. 

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin berkata tindakan itu sebagai satu insentif kepada peniaga yang mematuhi saranan dalam menyokong usaha kerajaan negeri. 

“Perkara (penutupan premis) ini bukan benda baharu, malah ia terdapat dalam syarat lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Sekiranya peniaga ingin meneruskan perniagaan melebihi tempoh yang disarankan, mereka perlu memohon lesen kebenaran melalui Yang Dipertua PBT di tempat masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini. 

Dr Izani berkata pihak PBT dari semasa ke semasa akan turun memantau untuk menyemak premis yang masih berniaga melebihi tempoh yang ditetapkan. 

“Kami akan bagi tempoh sebulan hingga dua bulan bermula awal tahun ini, sebagai tempoh untuk mendidik pelaksanaan ini kepada peniaga dan ia bukan tindakan yang drastik,” katanya.

Dr Izani berkata pelaksanaan waktu operasi  itu tidak akan menjejaskan sektor pelancongan di negeri ini.....

[ berita penuh ]

 

Biarkan haiwan ternakan berkeliaran di LPT2, pemilik boleh didakwa


KUALA BERANG, 1 Jan  -- Bermula hari ini, pemilik haiwan ternakan akan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya haiwan ternakan mereka dibiarkan berkeliaran dan menyebabkan kemalangan di lebuh raya di kawasan Hulu Terengganu.

 
 

Pak Wan tamatkan kayuhan solo promosi VM 2020 di Selatan Thailand


PASIR MAS, 1 Jan -- Pengayuh basikal warga emas, Wan Hashim Wan Mahmood hari ini menamatkan kayuhan solonya menjelajah selatan Thailand sejauh 600 kilometer (km) bagi mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM 2020) dan Tahun Melawat Kelantan 2020 (TMK 2020).

 
 

1,081 pelajar Orang Asli dihantar ke sekolah guna pacuan empat roda


GUA MUSANG, 1 Jan  -- Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) melantik beberapa kontraktor untuk menghantar seramai 1,081 pelajar Orang Asli yang tinggal di kampung pedalaman ke sekolah hari ini. 

 
 

114 program berskala kecil dalam Kalendar Pelancongan Terengganu 2020


KUALA TERENGGANU, 1 Jan -- Sebanyak 114 program berskala lebih kecil selain 26 acara utama disenaraikan dalam Kalendar Pelancongan Negeri Terengganu 2020 untuk menggamit kedatangan pelancong ke negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri Ariffin Deraman.

 
 

Gotong royong di Pulau Kapas, elak lambakan sampah di musim tengkujuh


MARANG, 31 Dis -- Walaupun Pulau Kapas di sini ditutup kepada orang ramai dari Okt hingga Feb, Majlis ????Daerah Marang tetap mengambil langkah proaktif mengadakan operasi pembersihan secara berkala sekurang-kurangnya dua bulan sekali di pulau peranginan itu.

 
 

Dua pusat pengajian al-Quran Braille beroperasi di Terengganu Februari ini


KUALA TERENGGANU, 31 Dis -- Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan di Terengganu kini berpeluang mempelajari al-Quran Braille berikutan dua lagi pusat pengajian khas untuk mereka dijangka mula beroperasi selewatnya Februari depan.

 
 

Sembunyi perasaan cemas pandu bot ketika musim tengkujuh


BESUT, 31 Dis  -- Pada zahirnya nampak tenang, namun ramai yang tidak tahu di sebalik kecekapan setiap pemandu bot di Pulau Perhentian, ada juga perasaan cemas yang terpaksa disembunyikan setiap kali mereka membawa keluar atau masuk penumpang khususnya pada musim tengkujuh dari November hingga Februari setiap tahun. 

 
 

Bangunan Perkeso Kota Bharu diserang 'pengamuk'


KOTA BHARU, 30 Dis  -- Lebih 250 petugas tiga jabatan kerajaan di bangunan Wisma Perkeso di sini bergegas meninggalkan tempat kerja masing-masing apabila perkhidmatan siar raya meminta mereka segera mengosongkan bangunan itu kerana ada ‘serangan oleh empat lelaki yang mengamuk’.

 
 

13 pelatih PUSPEN Gambang bolos


KUANTAN, 30 Dis  -- Seramai 13 pelatih lelaki Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Gambang di sini, melarikan diri daripada asrama pusat itu, awal pagi tadi. 

 
 

Rawatan segera, cabaran petugas kesihatan di Pulau Perhentian pada musim tengkujuh


BESUT, 30 Dis-- Klinik Kesihatan Pulau Perhentian merupakan satu-satunya kemudahan perkhidmatan perubatan untuk penduduk bergantung harap bagi mendapatkan rawatan di pulau yang terletak 21 kilometer dari tanah besar itu.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 - 105 - 106 - 107 - 108 - 109 - 110 - 111 - 112 - 113 - 114 - 115 - 116 - 117 - 118 - 119 - 120 - 121 - 122 - 123 - 124 -


 
 
     
   
 

Sedia pelan komunikasi strategik lawan penyebaran maklumat palsu koronavirus - MB Johor

 
     

Hasil negeri Kedah bagi 2019 melebihi sasaran - Mukhriz

 
     

Nota suara kematian akibat koronavirus di Bentong palsu

 
     

Pemilihan Bersatu Sabah: Hajiji antara ketua bahagian menang tanpa bertanding

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel