Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Warga Vietnam dipenjara, denda kerana membalak di hutan simpan

RAUB, 16 Mei (Bernama) -- Seorang lelaki warga Vietnam dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan didenda RM13,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, setelah mengaku bersalah membalak secara haram dan menceroboh Hutan Simpan Lentang, Bentong dekat sini, Mac lepas. 

Hakim Mazelan Jamaludin juga memerintahkan tempoh hukuman penjara terhadap Huynh Van Van, 59, ditambah 16 bulan, jika tertuduh gagal membayar denda itu. 

Bagi pertuduhan pertama, Huynh dihukum penjara dua tahun dan denda RM10,000 atau 10 bulan penjara jika gagal membayar denda, kerana didakwa memindahkan tujuh tual pokok tanpa lesen yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 81(1)(b) Akta Perhutanan Negara 1984. 

Kesalahan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 81(2)(b) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 

Huynh dihukum penjara setahun dan denda RM3,000 atau jika gagal menjelaskannya dipenjara selama enam bulan bagi pertuduhan kedua, kerana didakwa menceroboh hutan simpan kekal tanpa kebenaran yang sah mengikut Seksyen 47(1) akta sama yang digunapakai Pahang sebagai Enakmen Perhutanan Negara (Negeri-negeri Malaysia)(Pemakaian) 1986. 

Bagi kesalahan itu, hukuman yang diperuntukkan ialah di bawah Seksyen 47(4) ialah denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Kompartmen 61, Hutan Simpan Lentang, Bentong dekat sini, pukul 10.30 pagi, 12 Mac lepas. 

Bagaimanapun, Mazelan memerintahkan supaya hukuman kedua-dua kesalahan itu berjalan serentak daripada tarikh dia ditangkap.  

Berdasarkan fakta kes, perbuatan tertuduh terbongkar apabila pegawai Jabatan Hutan Pahang yang melakukan rondaan menemui jalan yang baharu digunakan dan seorang Orang Asli yang ditemui di situ memandu arah ke tempat tertuduh menebang pokok. 

Semasa ditemui, tertuduh mempunyai pelbagai kelengkapan untuk menebang pokok antaranya gergaji berantai, kelengkapan membaiki gergaji dan peralatan untuk menukar bentuk kayu selain terdapat longgokan kayu yang telah dipotong.  

Sementara itu, Huynh yang tidak diwakili peguam menerusi jurubahasa Vietnam merayu mahkamah meringankan hukumannya kerana mempunyai anak yang masih bersekolah di negara asal. 

"Saya datang ke sini untuk bekerja menjaga kebun dan mengambil hasil hutan kerana mahu mendapatkan pendapatan lebih," katanya. 

Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Mason Jaro Lenya Barayan memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran terhadap perbuatan tertuduh yang telah menyebabkan kerugian kepada kerajaan. 

Huynh gagal menjelaskan denda tersebut. 

-- BERNAMA  


 

.
.....

[ berita penuh ]

 

Penganggur tikam imam, dipenjara tiga tahun, lima bulan


BESUT, 16 Mei (Bernama) -- Padah menikam imam yang sedang membaca al-Quran, seorang penganggur dikenakan hukuman penjara tiga tahun lima bulan, oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

 
 

Suka duka guru pendidikan khas, disayangi murid


Oleh Balqis Jamaludin

KUALA TERENGGANU, 16 Mei (Bernama) -- “Saya sanggup memasuki ‘kehidupan istimewa’ murid-murid, asalkan mereka menjadi orang berguna dan punyai masa hadapan.”

 
 

Keluarga bekas wartawan sambilan antara dibantu dalam "Kita Kongsi"


JELI, 16 Mei (Bernama) -- Keluarga bekas wartawan sambilan Kosmo yang meninggal dunia hampir setahun lepas ialah antara yang dikunjungi Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) dalam program "Kita Kongsi" anjuran kelab itu hari ini.

 
 

Air katira, satar, puding raja antara juadah berbuka Agong, Permaisuri


KUANTAN, 15 Mei (Bernama) -- Air katira, sata, puding raja, murtabak dan pulut panggang antara juadah yang dibeli Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di bazar Ramadan Mahkota Square di sini, hari ini. 

 
 

Terengganu belum muktamadkan jumlah bonus Aidilfitri


KUALA TERENGGANU, 15 Mei (Bernama) -- Kerajaan Terengganu memberi jaminan kesemua 12,700 penjawat awam di negeri itu akan menerima bonus sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

 
 

Pemaju gagal bayar pinjaman bank, 11 tanah didaftar atas nama PMBK dilelong 27 Mei


KOTA BHARU, 15 Mei (Bernama) -- Sebanyak 11 tanah yang didaftarkan atas nama Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) akan dilelong pada 27 Mei ini ekoran kegagalan pihak syarikat pemaju membayar pinjaman kepada bank.

 
 

Ramadan sejiwa dengan masyarakat Orang Asli Pos Tuel


Oleh Hafizi Che Ramli

GUA MUSANG, 15 Mei (Bernama) -- Seramai 1,089 Orang Asli di Pos Tuel dekat sini, yang juga kumpulan pertama dalam kalangan masyarakat di situ memeluk Islam 22 tahun lepas, menyambut Ramadan sama seperti umat Islam lain di seluruh dunia - berpuasa pada siang harinya dan menunaikan solat sunat Tarawih pada malamnya.

 
 

TNB Terengganu jamin bekalan elektrik sepanjang Aidilfitri mencukupi


KUALA TERENGGANU, 15 Mei (Bernama) -- Tenaga Nasional Berhad (TNB) Terengganu menjangkakan penggunaan bekalan elektrik akan bertambah 30 peratus menjelang musim perayaan Aidilfitri nanti.

 
 

130 murid kurang berkemampuan terima sumbangan Yayasan Petronas 


KUALA TERENGGANU, 15 Mei (Bernama) -- Syukur dan tak sabar menunggu ketibaan Aidilfitri.

 
 

MB mahu semua pihak bekerjasama banteras rasuah


KOTA BHARU, 15 Mei (Bernama) -- Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengingatkan semua pihak termasuk pihak berkuasa dan petugas keselamatan untuk bekerjasama dalam membanteras sebarang aktiviti rasuah di negeri ini.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 - 105 - 106 - 107 - 108 - 109 - 110 - 111 - 112 - 113 - 114 - 115 - 116 - 117 - 118 - 119 - 120 - 121 - 122 - 123 - 124 - 125 - 126 - 127 - 128 - 129 -


 
 
     
   
 

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     

Sultan Nazrin rasmi Ekspo Antarabangsa Perak 2019

 
     

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel