Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

'Kira' tarikh tanam tembikai untuk bulan puasa

Oleh Mohd Adli Shahar

PEKAN, 15 Mei (Bernama) -- Menyusuri laluan Kuantan-Pekan di sini, pasti akan disajikan dengan 'pemandangan' gerai menjual buah tembikai. 

Bagi masyarakat setempat, laluan itu adalah kawasan yang dituju jika mereka mahu mencari tembikai segar kerana ditanam di kawasan berhampiran dan dijual pada harga berpatutan. 

Menyedari permintaan tinggi pada musim puasa, petani dan peniaga tembikai Zaharah Fakar, 78, berkata kebanyakan petani 'mengira' tarikh sesuai untuk mula menanam supaya hasilnya boleh dituai pada bulan Ramadan. 

"Buah tembikai boleh mula dituai antara 65 hingga 75 hari ditanam...jadi sejak hujung bulan Februari lalu kami sudah sibuk di kebun dari menyemai benih dan menjaga pokok dari serangan musuh.

"Sejak 30 tahun lalu, memang saya mula menyemai beberapa bulan sebelum umat Islam berpuasa kerana tembikai antara buah pilihan untuk dijadikan pemanis mulut atau jus," katanya kepada Bernama semasa ditemui di gerainya di sini, hari ini. 

Zaharah berkata tembikai jualannya ditanam di kebun seluas kira-kira satu hektar diusahakan berhampiran rumahnya di Kampung Ubai di sini, dengan bantuan dua daripada lapan anaknya 

Selain tembikai merah, beliau turut menanam tembikai kuning, tembikai madu dan tembikai betik yang popular dalam kalangan masyarakat setempat kerana bentuknya yang panjang seakan-akan buah betik.  

"Tembikai yang paling mendapat permintaan ialah tembikai betik kerana rasanya kurang manis namun baunya wangi. Namun kali ini, malangnya tembikai betik masih belum matang. 

"Seterusnya ialah tembikai kuning kerana lebih rangup berbanding tembikai merah. Tembikai merah pula digemari untuk buat jus," katanya. 

Zaharah menambah buah di gerainya dijual pada harga tetap RM2 sekilogram namun, 'diskaun istimewa' diberikan kepada peraih atau mereka yang membeli dalam jumlah yang banyak. 

Sementara itu, seorang pelanggan Rozi Nor, 45, yang menempuh perjalanan sejauh 30 kilometer dari Kuantan melahirkan rasa kecewa kerana tembikai betik yang dicarinya masih tidak ditemui walaupun telah berhenti di beberapa gerai. 

"Isi tembikai betik berwarna agak putih dan rasanya agak berlemak...ada masanya saya makan bersama pulut yang dicurah dengan santan yang dimasak dengan gula," katanya. 

-- BERNAMA

.....

[ berita penuh ]

 

PPM Pengkalan Kubor rampas mercun dan bunga api seludup


TUMPAT, 15 Mei (Bernama) -- Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 3 Pengkalan Kubor merampas mercun dan bunga api bernilai RM1,555 dalam satu serbuan di pangkalan haram Tanjong dekat Pengkalan Kubor di sini petang semalam.

 
 

Koperasi jual rusa salai masak lemak cili api jana pendapatan


KUALA TERENGGANU, 15 Mei (Bernama) -- Unik, sedap dan murah. Itu gambaran diberi pengunjung bazar Ramadan berhampiran Wisma Persekutuan di sini mengenai daging rusa salai masak lemak cili api yang dijual hanya RM10 untuk setiap pek 250 gram.

 
 

Polis Jeli rampas 400kg daun ketum, tahan dua lelaki


Polis menahan dua lelaki selepas menemui 400kg daun ketum yang dianggar bernilai RM12,000 dalam kenderaan yang dipandu mereka, berhampiran dengan Hentian Rehat dan Rawat (R&) Kampung Gemang, Ahad lepas.

 
 

Flavio tinggalkan Kelantan


Pasukan Kelantan terus ditimpa masalah apabila pemain tengah import kelahiran Brazil Flavio Beck Junior sah meninggalkan pasukan itu sejak beberapa hari lalu dengan menyertai Kelab Bhayangkara FC dalam saingan Liga 1 Indonesia.

 
 

35 peniaga bazar Ramadan di Pahang terima notis


Jabatan Kesihatan Pahang mengeluarkan notis memerintahkan 35 pengendali bazar Ramadan di negeri ini yang didapati gagal memenuhi kriteria pelbagai aspek kebersihan, hadir ke mahkamah.

 
 

Pahang perlu cari sumber pengganti kepada mineral dan balak


KUANTAN, 14 Mei (Bernama) -- Pahang perlu menerokai sumber baharu seperti ekonomi digital, tenaga hijau dan tenaga boleh diperbaharui, pelancongan kesihatan dan sukan kerana menyedari ia tidak boleh selamanya bergantung kepada mineral dan balak, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. 

 
 

MARDI diminta selesaikan masalah kilang memproses padi beras wangi di Jeram Pasu


Petani yang menanam padi beras wangi MRQ76 di Kelantan kini dalam dilema kerana satu-satunya kilang yang boleh memproses padi jenis itu di negeri ini tidak boleh  berfungsi kerana pihak pengurusan kilang itu tiada sijil kebenaran beroperasi.

 
 

TLDM tahan dua bot nelayan Vietnam


Pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menahan dua buah bot nelayan asing dipercayai dari Vietnam yang menjalankan kegiatan menangkap ikan dalam perairan negara semalam. 

 
 

Remaja berkeperluan khas bantu jahit baju raya


Adakah anda membenarkan seorang remaja berkeperluan khas menjahit baju raya anda?

 
 

Polis tahan senapang tiga lelaki dipercayai pemburu haram


Polis menahan tiga lelaki dan merampas lima laras senapang termasuk empat buatan sendiri dipercayai mahu digunakan untuk berburu secara haram di Hutan Simpan Lesong di Rompin, dekat sini. 

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 - 105 - 106 - 107 - 108 - 109 - 110 - 111 - 112 - 113 - 114 - 115 - 116 - 117 - 118 - 119 - 120 - 121 - 122 - 123 - 124 - 125 - 126 - 127 - 128 - 129 -


 
 
     
   
 

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     

Sultan Nazrin rasmi Ekspo Antarabangsa Perak 2019

 
     

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel