Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

UniSZA muncul universiti rujukan manuskrip digital pertama di Malaysia

KUALA NERUS, 14 Julai (Bernama) -- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjadi universiti pertama di negara ini yang bekerjasama dengan Arkib Negara Malaysia untuk menjalankan penyelidikan dan berkongsi kepakaran dalam bidang pendigitalan manuskrip lama.

Naib Canselornya, Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata sebagai permulaan, UniSZA akan menerima 35,000 naskhah manuskrip lama yang dibeli daripada Universiti Durham, United Kingdom pada hujung bulan ini, berkaitan Kesultanan Melayu dan Islam sebelum era kemerdekaan negara. 

"UniSZA akan menubuhkan Pusat Kajian Manuskrip secara dalam talian dan menjadi tempat rujukan untuk pelbagai kajian manuskrip Islam yang terbesar di Asia Tenggara. 

"Apabila manuskrip ini dihasilkan dalam bentuk digital, ia akan memberi capaian akses lebih mudah kepada sesiapa sahaja yang mahukan maklumat berkaitan sekali gus memartabatkan kepakaran tenaga pengajar dan penyelidik UniSZA dalam bidang manuskrip dan teknologi maklumat ke peringkat global," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara UniSZA dan Arkib Negara Malaysia di sini hari ini. 

Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam UniSZA akan mendigitalkan manuskrip lama tersebut dengan menggunakan peralatan moden agar ia kekal dalam bentuk digital dan seterusnya diletakkan di Perpustakaan UniSZA. 

Ini menjadikan UniSZA sebagai satu-satunya pangkalan data digital katalog dokumen-dokumen rasmi berkaitan Sejarah Alam Melayu, Kesultanan Melayu Lama dan Islam di Malaysia serta Nusantara.....

[ berita penuh ]

 

Lelaki ditahan jadikan tiga warga India sebagai buruh paksa


KUANTAN, 14 Julai (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki yang didakwa menjadikan tiga lelaki warga India sebagai buruh paksa di ladang kelapa sawit di Kuala Lipis, Lipis dekat sini. 

 
 

Masalah kemiskinan di Kelantan masih serius


BACHOK, 14 Julai (Bernama) -- Masalah kemiskinan di Kelantan terutamanya di luar bandar masih serius dan memerlukan perhatian pelbagai pihak, kata Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar R. Sivarasa.

 
 

JKDM Kelantan akan tubuh pasukan khas banteras penyeludupan kereta klon


PASIR MAS, 14 Julai (Bernama) -- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan akan menubuhkan satu pasukan khas bagi membanteras penyeludupan kereta klon dari Singapura ke negeri ini. 

 
 

MOTAC yakin capai sasaran kedatangan 30 juta pelancong tahun hadapan


TUMPAT, 14 Julai (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yakin akan mencapai sasaran kemasukan 30 juta pelancong ke negara ini pada tahun depan, kata Menterinya Datuk Mohammaddin Ketapi.

 
 

KADA rancang ternak lembu wagyu


KOTA BHARU, 13 Julai (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) sedang berura-ura untuk menternak lembu wagyu di Kelantan.

 
 

Agong berkemungkinan guna tanjak, sampin Almarhum Ayahanda


Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkemungkinan akan mengenakan tanjak dan sampin almarhum ayahanda baginda pada istiadat pertabalan yang dijadualkan pada 30 Julai ini.

 
 

NAFAS sasar sejuta keahlian menjelang pertengahan tahun hadapan


Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menyasarkan satu juta keahlian menjelang pertengahan tahun hadapan berbanding 900,000 ahli buat masa sekarang.

 
 

Orang Asli ditempatkan di PPS kekal 170 orang


Jumlah masyarakat Orang Asli suku Batek yang dijangkiti demam campak dan ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Etnobotani kekal 170 orang sehingga petang semalam.

 
 

Pakatan Harapan perlu menang 30 kerusi Parlimen Melayu - Mohamad


Pakatan Harapan (PH) perlu memenangi sekurang-kurangnya 30 kerusi Parlimen di kawasan majoriti orang Melayu agar bagi mengimbangi kerusi antara kaum, kata Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu.

 
 

Pahang, TFC kongsi satu mata di Kuala Terengganu


Pahang hampir pasti menamatkan saingan Liga Super musim ini dalam kelompok tiga pasukan terbaik meskipun terikat 1-1 dengan Terengganu FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam ini.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 - 105 - 106 - 107 - 108 - 109 - 110 - 111 - 112 - 113 - 114 - 115 - 116 - 117 - 118 - 119 - 120 - 121 - 122 - 123 - 124 -


 
 
     
   
 

Edward bakal naik Gunung Kinabalu secara undur, kumpul dana kebajikan

 
     

UTM arah semua aktiviti perjalanan ke China ditangguhkan serta-merta

 
     

'Info on Wheels' platform sampaikan maklumat terkini isu semasa

 
     

Polis analisis rakaman CCTV insiden Syed Saddiq - Papagomo - saksi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel