Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiga tahun menyisih diri sebelum bangkit semula

KUANTAN, 13 April (Bernama) -- Dunia Mohd Huzairee Ahmad seakan terhenti seketika apabila beliau disahkan lumpuh kedua-dua belah kaki pada usia 23 tahun akibat terjatuh semasa memanjat pokok rambutan. 

Mohd Huzairee, 43, berkata keterujaannya untuk bergelar guru juga direntap sekelip mata kerana beliau semasa itu sedang menanti penempatan praktikal bagi melengkapkan kursus perguruan di Maktab Perguruan Pulau Pinang. 

"Saya aktif dalam sukan bola sepak dan aktiviti olahraga...luluh hati apabila diberitahu kaki tidak lagi berfungsi. Bagaimana saya mahu menyepak bola?

"Semuanya hilang sekelip mata sehingga saya tidak mahu lagi menonton perlawanan bola sepak. Saya menyisih diri kerana tidak tahu bagaimana mahu meneruskan kehidupan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini. 

Mohd Huzairee menambah tragedi yang berlaku pada Disember 1999 juga menyebabkan ikatan pertunangannya terlerai, sekali gus membuatkan beliau tidak mahu kembali ke maktab perguruan untuk mengambil barang peribadinya.  

Bagaimanapun, kejadian melihat ibunya Jamaliah Suri, 62, menangis mengenangkan masa depan beliau menjadi titik perubahan kepada dirinya supaya tidak lagi 'meratap kekurangan diri, sebaliknya bangkit mencari semangat'. 

"Saya kalah melihat air mata emak, saya mula mempersoal diri sampai bila mahu begini? Lebih dua tahun saya mengabaikan diri dan mengecewakan orang yang terdekat walaupun mereka tidak merungut. 

"Perlahan-lahan saya cuba untuk kembali melibatkan diri dengan masyarakat. Alhamdulillah rezeki saya pada tahun awal 2002 saya mendapat peluang kedua untuk bergelar pendidik apabila diminta menghadiri temu duga semula," katanya. 

Anak jati Felda Mempaga 1 di Bentong dekat sini, berkata beliau bagaimanapun diuji sekali lagi pada sesi temu duga itu apabila seorang daripada penemuduga mempersoalkan kemampuannya untuk mengendalikan murid dalam keadaan berkerusi roda. 

"Saya beritahu padanya tidak mengapalah jika saya tidak layak. Rupanya beliau hanya menguji dan berkata jika saya tidak boleh berhadapan soalan itu, bagaimana saya hendak berdepan realiti yang lebih kasar," katanya. 

Kecekalan Mohd Huzairee berbaloi apabila beliau secara rasminya bergelar guru pada Ogos 2002 dan kini berkhidmat sebagai guru muzik, sejarah dan pendidikan seni di Sekolah Kebangsaan Felda Mempaga 2, Bentong.

Mohd Huzairee bertemu jodoh dengan Siti Nur Azizah Mohd Noor Yusof, 35, pada tahun 2006 dan suri hatinya menjadi inspirasi kepadanya untuk lebih berusaha membaiki kehidupan sehingga boleh memberi motivasi kepada insan senasib. 

Katanya, setakat ini beliau telah menerima lapan anugerah termasuk Anugerah Khas OKU Cemerlang yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Program Santuni Rakyat Peringkat Negeri Pahang di sini, hari ini. 

Beliau juga merupakan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak dua kali iaitu 2018 dan 2008, Anugerah Khas sempena Hari Guru peringkat Pahang (2005), Anugerah Guru Cemerlang kategori Kurang Upaya peringkat negeri (2009), Guru Cemerlang Kurang Upaya peringkat Kebangsaan (2010) dan Anugerah Khas sempena Konvensyen Institut Pendidikan Guru (2015).....

[ berita penuh ]

 

UMT adakan program tarik minat pelajar minat STEM


KUALA NERUS, 11 April (Bernama) -- Universiti Malaysia Terengganu (UMT) memulakan langkah proaktif dalam memupuk minat pelajar menyukai bidang sains dengan mengadakan program Discover UMT 2019.

 
 

KADA tubuh bilik gerakan khas tangani masalah kemarau


KOTA BHARU, 11 April (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) hari ini menubuhkan bilik gerakan khas bagi memantau kawasan-kawasan penanaman padi yang terlibat dengan masalah kemarau.

 
 

MPKB-BRI akan bawa peniaga kecil di Lembah Sireh, pemaju berbincang Ahad ini


KOTA BHARU, 11 April (Bernama) -- Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) akan mengadakan perjumpaan antara para peniaga dan pemaju di Lembah Sireh untuk sama-sama berbincang bagi menyelesaikan isu halangan terhadap para peniaga menjalankan perniagaan di kawasan berkenaan, Ahad ini.

 
 

JKKN suburkan nilai murni dalam kalangan pelajar


PASIR MAS, 11 April (Bernama) -- Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) cawangan Kelantan kini bekerjasama dengan pihak sekolah di negeri ini untuk meningkatkan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar sekolah.

 
 

Graduan teruskan bidang ternakan demi masa depan


MACHANG, 10 April (Bernama) -- Mencabar diri selepas gagal mendapat tawaran pekerjaan membuatkan seorang graduan muda, Ahmad Zharif Anuar, 28, memilih untuk meneruskan penternakan kambing dan ayam ratu yang diusahakan sejak tahun 2016 untuk kelangsungan hidup. 

 
 

UMK manfaat peranan pemain industri perkasa bidang keusahawanan


KOTA BHARU, 10 April (Bernama) -- Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan memanfaatkan kerjasama yang dijalin dengan pemain industri dalam memperkasa peranannya sebagai sebuah universiti keusahawanan.

 
 

APM Terengganu sampaikan bantuan kepada mangsa banjir


KUALA BERANG, 9 April (Bernama) -- Seramai 15 mangsa banjir yang daif dari Kampung Pengkalan Ajal, Ajil menerima bantuan pasca Monsun Timur Laut 2018/2019 yang disampaikan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu hari ini.

 
 

Polis Kelantan keluarkan senarai 860 individu yang dikehendaki


KOTA BHARU, 9 April (Bernama) -- Polis Kelantan menegluarkan senarai 860 individu yang dikehendaki kerana terlibat pelbagai kesalahan jenayah termasuk bunuh dan samun.

 
 

Suapan: SPRM Kelantan tahan tiga individu termasuk dua anggota polis


KOTA BHARU, 9 April (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan tiga individu termasuk dua anggota polis bagi membantu siasatan kes menerima wang suapan bernilai RM9,700.

 
 

Polis tahan seorang suspek kes bunuh di Kadok


KOTA BHARU, 9 April (Bernama) -- Polis telah menahan seorang lelaki berumur 48 tahun bagi membantu siasatan kes penemuan mayat dipercayai mangsa bunuh di Kampung Kedondong di Kadok, di sini, malam tadi.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 -


 
 
     
   
 

Negara kehilangan seorang ikon pengguna dan alam sekitar

 
     

Kerajaan PH sasar 10 tahun perbaiki kepincangan dalam negara

 
     

Hakim mesti buat keputusan tepat untuk badan kehakiman kembali dipandang tinggi - Peguam Negara

 
     

Penjawat awam Pahang terima bonus raya RM600

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel