Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ini mungkin pelukan, ciuman terakhir saya - banduan Penjara Penor

KUANTAN, 28 Jun (Bernama) -- "Ini mungkin ciuman dan pelukan terakhir saya… entah ada rezeki lagi atau tidak untuk saya mencium tangan emak dan ayah di masa depan." 

Itu luahan Pak Sodok, 49, banduan Penjara Penor di sini, yang dilihat tidak berenggang daripada sisi orang tuanya yang berusia 75 dan 78 tahun pada program Jalinan Kasih hari ini. 

Dia yang menjalani hukuman penjara 30 tahun kerana kesalahan merogol berkata ia merupakan pelukan dan ciuman pertamanya sejak menjalani hukuman pada tahun 2012. 

"Warden beritahu, saya terpilih menjadi sebahagian daripada peserta program dua hari lalu dan sejak itu, saya tidak senang duduk kerana sering menghitung waktu. Saya mahu hari ini segera menjelma.  

"Saya gembira tapi dalam masa sama sedih juga kerana menyusahkan orang tua yang uzur melalui perjalanan jauh dari Batu Rakit, Terengganu untuk ke sini," katanya semasa ditemui Bernama pada program itu. 

Pak Sodok yang mendapat gelaran itu kerana bekerja sebagai pemandu jentera berat sebelum dihukum mengakui gembira kerana masih dapat merasai 'pengalaman berhari raya' termasuk berpeluang memakai baju Melayu berwarna hijau epal. 

Katanya, hatinya mula terusik melihat tiga abang dan kakaknya turut serta dalam program itu, namun air matanya mulai gugur apabila ternampak kelibat dua anaknya yang berusia sembilan dan 12 tahun. 

Bagi Dey, 33, yang menjalani hukuman penjara 15 tahun kerana kesalahan dadah mengakui dirinya seperti tidak percaya apabila melihat kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang lincah dan enggan duduk diam itu adalah anaknya. 

"Saya kehilangan kata-kata bila anak panggil abah. Itu kali pertama saya dengar kerana dia hanya berusia 100 hari semasa saya ditangkap...sebak kerana dia mengenali saya mungkin disebabkan bekas isteri sering menunjukkan gambar. 

"Saya hilang peluang untuk melihat anak membesar. Abang-abangnya juga sudah besar...sudah berusia 11 dan tujuh tahun, begitu berbeza daripada semasa kali terakhir saya boleh memegang mereka," katanya. 

Dey berharap masyarakat di luar dapat mengambil pengajaran daripada kisahnya supaya berfikir panjang dalam apa jua tindakan supaya tidak terjebak dalam kesalahan yang akhirnya merugikan diri. 

Sementara itu, Pengarah Penjara Panor Datuk Abu Hassan Hussain berkata seramai 24 banduan daripada 2,254 penghuni penjara itu terpilih pada program itu, berdasarkan tingkah laku dan disiplin yang baik. 

"Kita berharap mereka mengambil peluang ini untuk merapatkan kembali hubungan silaturahim sesama keluarga dan mungkin berbincang mengenai perancangan masa depan untuk mereka yang berpeluang dibebaskan. 

"Banduan amat memerlukan sokongan keluarga apabila mereka dibebaskan untuk memulakan kehidupan baru," katanya. 

Turut hadir pada program itu ialah Pengerusi Inisiatif Bandar Selamat Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Datuk Seri Johny Ch'ng Ewe Gee. 

-- BERNAMA 

.
.....

[ berita penuh ]

 

PBPM harap tindakan tegas diambil terhadap individu bekalkan kad keanggotaan palsu


Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang disyaki membekalkan kad keanggotaan persatuan yang palsu kepada orang awam termasuk warga asing.

 
 

'Badang' Terengganu gah di kejohanan kebangsaan


Skuad angkat berat Terengganu menampilkan aksi cemerlang apabila muncul juara keseluruhan Kejohanan Junior dan Senior Kebangsaan 2019 Sirkit 1 yang berakhir di Kuching, semalam.

 
 

Polis tahan suspek 11 kes samun di Kuantan


Polis berjaya menyelesaikan 11 kes samun di daerah ini yang menyasarkan rumah atau premis perniagaan dijaga wanita sekitar bulan lepas melibatkan kerugian kira-kira RM10,000, susulan penahanan dua suspek.  

 
 

Sabtu, Ahad hari tanpa beg plastik di Pahang mulai bulan depan


KUANTAN, 27 Jun (Bernama) -- Pahang akan melaksanakan hari tanpa beg plastik pada setiap Sabtu dan Ahad di semua premis perniagaan mulai bulan depan. 

 
 

UniSZA pupuk minat pelajar berkebun


KUALA NERUS, 27 Jun (Bernama) -- Inisiatif Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mewujudkan taman mini botani di kolej kediaman pelajar mampu memupuk minat berkebun dan mengeratkan hubungan dengan komuniti setempat.

 
 

Kerjasama Umno, Pas hanya dendam Umno


Kerjasama Umno dan Pas lebih kepada dendam khususnya parti Umno selepas mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kepada gabungan Pakatan Harapan (PH). 

 
 

MAQIS Kelantan catat 48 kes tangkapan melibatkan nilai RM1.13 juta setakat Mei tahun ini.


PASIR MAS, 27 Jun (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Kelantan berjaya merekodkan 48 kes tangkapan sejak Januari sehingga Mei tahun ini, yang melibatkan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM1.13 juta.

 
 

Jumlah Orang Asli di PPS semakin bertambah


GUA MUSANG, 27 Jun (Bernama) -- Orang Asli suku Batek yang dijangkiti wabak demam campak ditempat di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Taman Etnobotani, di sini, bertambah kepada 72 orang sejak dibuka 18 Jun lalu hingga petang semalam.

 
 

Ikon masyarakat Kelantan: Nur Amalina berjaya Islamkan 20 Orang Asli


KOTA BHARU, 27 Jun (Bernama) -- Mempunyai kelebihan bertutur dalam bahasa Orang Asli menjadi antara faktor Nur Amalina Ismail, 27, berjaya mengislamkan seramai 20 Orang Asli di Gua Musang sejak tahun 2014. 

 
 

Terengganu rancang wujudkan ‘pasar terapung' tahun depan


KUALA TERENGGANU, 27 Jun (Bernama) -- Bagi menarik kehadiran lebih ramai pengunjung ke Terengganu, kerajaan negeri merancang untuk mewujudkan pasar terapung atau ‘floating market’ yang pertama di sini, tahun depan.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 -


 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan galakkan pihak swasta ketengahkan ilmu robotik di sekolah tahfiz

 
     

Sultan Ibrahim lancar buku Kembara Mahkota Johor 2001-2018

 
     

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel