Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Orang Asli Kampung Pasir Linggi ambil langkah perlu elak penyakit

GUA MUSANG, 19 Jun (Bernama) -- Lebih 300 penduduk Orang Asli suku Batek di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir di sini, bersyukur kerana mereka bebas daripada jangkitan kuman demam campak dan sentiasa menjaga kebersihan. 

Kebimbangan dengan penularan penyakit berjangkit itu juga mereka bersepakat mengambil langkah kuarantin sendiri dengan mengehadkan perjalanan keluar dari kampung itu khususnya ke Kampung Kuala Koh yang diserang wabak penyakit berkenaan. 

Penghulu Kampung Pasir Linggi, Ramli Bebas berkata, walaupun ada penduduk kaum itu mempunyai  talian persaudaraan dengan kaum suku Batek di Kampung Kuala Koh, tetapi dinasihatkan jangan menziarah mereka buat sementara waktu ini. 

Beliau berkata, mereka tidak dihalang untuk keluar mencari rezeki di hutan tetapi mengehadkan jarak perjalanan mereka jangan sampai ke sempadan kampung terbabit yang dilanda wabak penyakit berjangkit merbahaya itu. 

"Nampaknya, mereka setakat ini mematuhi nasihat itu kerana kita bimbang ada jangkitan penyakit itu yang boleh memudaratkan mereka sendiri," katanya kepada pemberita selepas program gotong-royong membersih Kampung Pasir Linggi, di sini hari ini. 

Gotong-royong membersih kampung itu disertai lebih 100 penduduk di kawasan penempatan Orang Asli itu.

Wabak demam campak di Kampung Kuala Koh sejak lebih sebulan lalu dipercayai mengakibatkan  beberapa kematian dan 112 orang lagi menerima rawatan di Hospital Gua Musang (HGM) dan klinik kesihatan berhampiran, dengan 37 daripada mereka didapati dijangkiti wabak itu. 

 Ramli berkata, penduduk kampung itu juga telah mengambil langkah segera menerima rawatan apabila merasakan diri tidak sihat.....

[ berita penuh ]

 

MPKB-BRI tawar potongan kompaun sehingga 75 peratus bagi pembinaan tanpa izin


Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) hari ini menawarkan potongan kompaun sehingga 75 peratus bagi kesalahan membina atau mengubahsuai bangunan tanpa izin di sekitar Kota Bharu.

 
 

Orang Asli Semaq beri berpindah lagi, tidak pulang ke rumah


Kawasan Penempatan Sementara Sekitar Kampung Gerdong, di sini yang menjadi tumpuan Orang Asli Suku Semaq Beri kini kosong dan telah ditinggalkan.

 
 

Dua lagi pesakit Orang Asli dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu 


Dua lagi pesakit Orang Asli yang berasal dari Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu di Kuala Berang semalam kerana mengalami simptom jangkitan saluran pernafasan.

 
 

Tiada laporan baharu kes demam campak di Jerantut


Jabatan Kesihatan Pahang mengesahkan tiada laporan baharu diterima berkaitan demam campak dalam kalangan masyarakat Orang Asli di Kampung Ulu Sat, Jerantut dekat sini. 

 
 

Perhilitan akan rampas beruk serang kanak-kanak di Tumpat


Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) akan merampas beruk milik seorang penduduk yang menyerang seorang kanak-kanak sehingga parah dalam kejadian di Kampung Teluk Renjuna, Tumpat, semalam.

 
 

Pekerja ladang cedera dipukul kerana durian


Seorang pekerja ladang warga Indonesia cedera di kepala kerana dipukul menggunakan belakang parang selepas dituduh mencuri durian di Felda Tembangau 2, Bera dekat sini, semalam. 

 
 

CEO didakwa menipu guna dokumen palsu


Seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan menipu dengan menggunakan dokumen palsu yang dilakukannya pada Jun 2016 lepas.

 
 

Kerjasama PAS-UMNO dijangka terus dikupas dalam Muktamar PAS 2019


KUANTAN, 18 Jun (Bernama) -- Kerjasama antara PAS dan UMNO dijangka terus menjadi topik utama yang akan dikupas oleh perwakilan yang menghadiri Muktamar Tahunan PAS ke-65 yang akan berlangsung di sini pada 21 hingga 23 Jun ini. 

 
 

KAFA belum terima surat peletakan jawatan Bibi Ramjani


KOTA BAHRU, 18 Jun (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) belum menerima surat peletakan jawatan Bibi Ramjani Ilias Khan sebagai presiden persatuan itu, selepas mengumumkannya menerusi Facebook rasminya hari ini.

 
 

Hanya 13 murid Orang Asli Sungai Berua hadir ke sekolah


KUALA TERENGGANU, 18 Jun (Bernama) -- Hanya 13 daripada 109 murid Orang Asli hadir ke Sekolah Kebangsaan Sungai Berua hari ini, kata Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussain.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 -


 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan galakkan pihak swasta ketengahkan ilmu robotik di sekolah tahfiz

 
     

Sultan Ibrahim lancar buku Kembara Mahkota Johor 2001-2018

 
     

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel