Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pemandu e-hailing disyaki lemas di air terjun Chamang

KUANTAN, 7 Ogos (Bernama) -- Seorang pemandu e-hailing disyaki lemas akibat dibawa arus deras air terjun Chamang, Bentong dekat sini, lewat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Yusuf Unis berkata Wan Khairul Amirin Rojiham, 25, yang berasal dari Jeram, Selangor dipercayai datang ke air terjun itu bersama tiga rakan untuk berekreaksi. 

“Mangsa dan rakannya dipercayai mula mandi sekitar pukul 6.30 petang sebelum dia dikatakan dibawa arus deras kira-kira 45 minit kemudian. 

“Rakan mangsa mendakwa cuba menyelamatkan mangsa, namun gagal kerana arus deras selain mangsa hilang daripada penglihatan secara tiba-tiba,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini. 

Yusuf berkata orang awam yang melihat kejadian segera menghubungi polis dan operasi mencari dan menyelamat dimulakan malam tadi sebelum dihentikan kerana cuaca semakin gelap. 

Katanya, operasi bersambung pagi ini, melibatkan  28 anggota terdiri daripada polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam dan anggota bomba sukarela Perting di Bentong. 

-- BERNAMA

 

.....

[ berita penuh ]

 

Guna surat palsu mohon maklumat bank pesaing


KUANTAN, 7 Ogos (Bernama) -- Seorang penolong pengurus bank di sini, membuat laporan polis mendakwa telah menerima surat palsu kononnya daripada Kementerian Pertahanan bagi mendapatkan maklumat perbankan pelanggan bank tersebut. 

 
 

Perhilitan Kelantan pasang perangkap beruang matahari


Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan memasang perangkap bagi menangkap seekor beruang Matahari yang dilihat berkeliaran di Felda Perasu, Gua Musang, 4 Ogos lalu

 
 

TNB rugi RM3.2 juta di Kuantan akibat aktiviti bitcoin


KUANTAN, 6 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 33 premis sekitar Kuantan diserbu Tenaga Nasional Berhad (TNB) kerana disyaki melakukan pengusikan ke atas peti agihan elektrik untuk menjalankan aktiviti perlombongan matawang kripto Bitcoin sehingga TNB kerugian RM3.2 juta

 
 

ADUN isytihar harta : Kelantan sambut baik saranan SPRM


Kerajaan Kelantan menyambut baik saranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengisytiharkan harta masing-masing.

 
 

HUSM sedia rumah penginapan kepada keluarga pesakit pediatrik kanak-kanak


Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian secara rasmi hari ini menawarkan kemudahan penginapan Rumah Ronald McDonald (RRM) kepada keluarga pesakit pediatrik kanak-kanak yang mendapatkan rawatan di hospital itu

 
 

Hutan Bukit Palas di Cherating terbakar


KUANTAN, 6 Ogos (Bernama) -- Kawasan Hutan Bukit Palas, Cherating di sini, seluas 10 hektar terbakar sejak tengah hari Sabtu lalu, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Nor Hisham Mohammad. 

 
 

JBPM Kelantan akan uji sampel punca kebakaran di Jalan Dusun Muda, Kota Bharu malam tadi


KOTA BHARU, 6 Ogos (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan sedang menyiasat punca kebakaran serta jumlah kerugian dalam kebakaran tujuh premis di Kampung Dusun Muda di sini malam tadi, kata Penolong Pengarah Bahagian Operasinya, Mohd Wildan Azhari.

 
 

Mangsa kebakaran mohon bantuan kerajaan negeri


KOTA BHARU, 6 Ogos (Bernama) -- Mangsa kebakaran di Kampung Dusun Muda di sini yang memusnahkan sehingga tujuh buah rumah malam tadi berharap kerajaan Kelantan akan dapat membantu mereka membina semula rumah baharu di kawasan itu. 

 
 

T'ganu tiada masalah ADUN isytihar harta - MB


Kerajaan negeri Terengganu sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dilaporkan mahu mewajibkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengisytiharkan harta masing-masing.

 
 

Pelajar SMKTJ terima anugerah antarabangsa pertandingan drama pendek


PASIR PUTEH, 6 Ogos (Bernama) -- Lima pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut (SMKTJ) di sini mengharumkan nama negara setelah muncul pemenang hadiah utama kategori drama pendek pada “Kids Witness News (KWN) Global Contest” di Jepun, minggu lepas.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 - 105 - 106 - 107 - 108 - 109 - 110 - 111 - 112 -


 
 
     
   
 

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     

Semua sekolah di empat daerah di Perak dibuka esok

 
     

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel