Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pelajar bakal duduki SPM mohon bantuan

KOTA BHARU, 5 Ogos (Bernama) -- Seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tendong, Pasir Mas memohon sumbangan orang ramai bagi menampung kos rawatannya selepas terbabit dalam kemalangan kira-kira lebih sebulan lepas. 

Muhammad Syafiq Daneal Zahari, 17, yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, hanya mampu terlantar kerana kecederaan parah yang dialami dan kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II). 

Mengimbas kembali kejadian menimpa Muhammad Syafiq pada 22 Jun lepas, bapanya Zahari Wan Ibrahim, 62, berkata anak bongsu daripada tujuh beradik itu menaiki motosikal dan bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan di Jalan Bechah, Tendong ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas pulang dari sekolah. 

“Akibat daripada kemalangan terbabit, Busu (panggilan kepada Muhammad Syafiq) dimasukkan ke hospital dan tidak sedarkan diri selama enam hari selain patah kedua-dua belah kaki dan menyebabkan limpanya terpaksa dibuang akibat jangkitan kuman,” katanya ketika ditemui pemberita di HRPZ II di sini hari ini. 

“Dia merupakan anak harapan saya memandangkan saya sendiri juga tidak bekerja selepas tangan sebelah kanan tercedera akibat kemalangan motosikal dua tahun lalu,” kata Zahari.

Bapa tunggal itu juga berkata, beliau sebelum ini bekerja hanya memungut barang terbuang untuk dikitar semula namun terpaksa berhenti kerana pergerakan tangan kanannya terbatas selain tidak boleh mengangkat benda berat akibat kemalangan berkenaan. 

“Saya buntu memikirkan perbelanjaan kos rawatan yang terpaksa ditanggung sepanjang Busu berada di hospital, malah jika mahu berharap kepada anak-anak yang lain mereka hanyalah bekerja kampung dan mempunyai komitmen sendiri.....

[ berita penuh ]

 

Pistol milik pegawai polis dilarikan pencuri


KOTA BHARU, 4 Ogos (Bernama) -- Sepucuk pistol milik seorang pegawai kanan polis, dilarikan pencuri selepas rumah kediamannya di Perumahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kemumin di Padang Tembak di sini, dipecah masuk kira-kira pukul 5.30 pagi semalam.

 
 

Lebih RM100 juta untuk bantu pekebun sawit peroleh MSPO


JERANTUT, 4 Ogos (Bernama) -- Kerajaan memperuntukkan lebih RM100 juta untuk membantu pekebun kecil kelapa sawit mencapai tahap Pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO) bagi meningkatkan nilai komoditi itu di pasaran antarabangsa. 

 
 

Tujuh saksi beri keterangan insiden tetak


KOTA BHARU, 4 Ogos (Bernama) -- Polis sudah mendapatkan keterangan tujuh saksi berkaitan kes tetak melibatkan Timbalan Pengerusi Veteran UMNO Kelantan Datuk Kamaruddin Abdullah, baru-baru ini.

 
 

Terengganu lancar Pelan Strategik Pertanian 2019-2023


KUALA TERENGGANU, 4 Ogos (Bernama) -- Kerajaan negeri hari ini melancarkan Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019-2023 bagi menjadikan pertanian tidak lagi dikaitkan dengan isu kemiskinan tetapi dilihat sebagai sebuah bidang perniagaan yang mendatangkan keuntungan.

 
 

Hampir setengah juta perkasa industri pelancongan Marang


MARANG, 4 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Terengganu bakal memperuntukkan RM465,000 bagi menghidupkan semula industri pelancongan tradisional di Marang, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Ariffin Deraman.

 
 

Kelantan peruntuk RM350,000 realisasi Jelapang Makanan Negara


PASIR PUTEH, 4 Ogos (Bernama) -- Kelantan memperuntukkan sebanyak RM350,000 bagi merealisasikan agenda negeri itu sebagai Jelapang Makanan Negara di bawah konsep Bertani Satu Ibadah dan agro pelancongan yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

 
 

Pengarah LKTN terkandas di Lata Kolam, Besut ditemui selamat


Pengarah Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) Negeri Kelantan Nik Muhammad Azhar Nik Mustapha ditemui selamat setelah 12 jam terkandas sewaktu memancing di Pusat Peranginan Lata Kolam Air Menderu, di sini sejak petang semalam.

 
 

Jerebu di Kelantan berada pada tahap sederhana


KOTA BHARU, 4 Ogos (Bernama) -- Keadaan jerebu di Kelantan berada pada tahap sederhana, kata Pengarah Jabatan Meteorologi Kelantan Rabiah Zakaria.

 
 

APM siap siaga hadapi sebarang kemungkinan ketika jerebu


MACHANG, 4 Ogos (Bernama) -- Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di seluruh negara kini dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku sepanjang tempoh jerebu di beberapa negeri sejak empat hari lepas.

 
 

Pekerja resort hanyut hanya minum air mineral untuk hidup


Tiga pekerja resort yang diselamatkan oleh nelayan laut dalam Thailand semalam selepas tiga hari hanyut di laut hanya bergantung kepada air mineral botol sepanjang tempoh itu.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 - 105 - 106 - 107 - 108 - 109 - 110 - 111 - 112 -


 
 
     
   
 

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     

Semua sekolah di empat daerah di Perak dibuka esok

 
     

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel