Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Warga emas rugi RM17,000 akibat ditipu 'cucu'

KUANTAN, 5 Jun (Bernama) -- Seorang warga emas kerugian RM17,000 setelah diperdayakan oleh orang tidak dikenali yang mengaku dirinya sebagai cucu mangsa. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata wanita berusia 73 tahun itu mendakwa menerima panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali pada 1.35 tengah hari, 2 Mei lepas. 

"Suspek dikatakan menyamar sebagai cucu mangsa dan memberitahu ingin meminjam wang untuk dijadikan modal berniaga. Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa telah memasukkan wang sebanyak RM1,000 ke dalam akaun yang diberikan suspek. 

"Selang beberapa jam kemudian, suspek sekali lagi meminta wang sebanyak RM16,000 yang juga dituruti mangsa tanpa banyak bersoal jawab," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Mohd Wazir berkata mangsa yang menetap di Cameron Highlands hanya menyedari dirinya ditipu pada 29 Mei, selepas dia menghubungi cucu tersebut bagi bertanyakan mengenai pinjaman wang yang dibuat. 

Cucu mangsa menafikan dirinya ada meminjam wang dan mangsa akhirnya tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands semalam, kerana mahu mendapatkan semula wang miliknya. 

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. 

-- BERNAMA

 

.
.....

[ berita penuh ]

 

Rempah tradisional Pasar Payang jadi pilihan sempena Aidilfitri


KUALA TERENGGANU, 4 Jun (Bernama) -- Setiap masakan yang enak pasti menggunakan pelbagai jenis rempah-ratus mengikut resipi yang tersendiri terutama menu tradisional yang biasa dihidangkan pada  Aidilfitri. 

 
 

Peniaga bazar Aidilfitri lega tempoh perniagaan dilanjutkan


KUALA TERENGGANU, 4 Jun (Bernama) -- Keputusan kerajaan negeri untuk memberi kelonggaran kepada peniaga bazar Aidilfitri di Kuala Terengganu meneruskan perniagaan malam ini sehingga awal pagi esok memberi kelegaan yang tidak terhingga buat peniaga. 

 
 

'Usikan nakal' penyu tarik perhatian pengunjung pusat konservasi


Oleh Siti Salwa Shaari

KUANTAN, 4 Jun (Bernama) -- Usikan nakal penyu Agar yang gemar mengocak air sehingga membasahi pengunjung yang berada berhampirannya adalah antara tarikan di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu  (PKPP) Cherating di sini. 

 
 

Mangsa kesal main mercun bola - Ayah


KUANTAN, 3 Jun (Bernama) -- Kanak-kanak berusia 10 tahun yang berisiko buta mata kanan selepas terkena letupan mercun bola dalam kejadian di Tanjung Batu, Pekan, dekat sini, Sabtu lalu, mengakui menyesal dengan perbuatannya. 

 
 

Anak perantauan pulang beraya dinasihat jaga kebersihan dan jimat air - Ahmad Yakob


KOTA BHARU, 3 Jun (Bernama) -- Anak Kelantan di perantauan yang pulang ke kampung halaman untuk beraya diharap mengikuti dan memberi sokongan kepada program “Kelantanku Bersih dan Ceria” supaya dapat bersama-sama menjaga kebersihan sama ada di jalan raya, di kampung halaman, atau di mana sahaja berada.

 
 

KADA peruntuk lebih RM2 juta salur Geran Agropreneur Muda


KOTA BHARU, 3 Jun (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) telah menyalurkan bantuan dan pembiayaan Geran Agropreneur Muda (GAM) lebih RM2 Juta kepada 203 orang usahawan muda di negeri ini bagi tempoh tiga tahun sejak 2017. 

 
 

Masjid Ar-Rahman tarikan baharu pelancong


KOTA BHARU, 3 Jun (Bernama) -- Keunikan ukiran seni bina Masjid Ar-Rahman di Kampung Pulau Gajah, Sabak memukau setiap mata yang memandang sekali gus menjadi tarikan baharu kepada sektor pelancongan di negeri ini.

 
 

13 kampung di Alur Limbat diterangi cahaya pelita


KUALA TERENGGANU, 3 Jun (Bernama) -- Bagi mengembalikan nostalgia Hari Raya Aidilfitri, 13 kampung yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat diterangi cahaya kira-kira 200 lampu pelita bersempena Pertandingan Pelita Raya Beautiful Terengganu 2019.

 
 

Berbuka puasa bersama Agong, kenangan manis buat rakyat Raub


Peluang berbuka puasa bersama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menjadi kenangan tersendiri buat warga emas Raub, Mahayuddin Abdullah, yang jelas tidak berhenti tersenyum apabila diminta ‘bercerita’ mengenainya. 

 
 

KPDNHEP Terengganu rekod 315 kes sejak Januari


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu merekodkan 315 kes melibatkan pelbagai kesalahan hasil operasi yang dijalankan sejak Januari lepas.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 -


 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan galakkan pihak swasta ketengahkan ilmu robotik di sekolah tahfiz

 
     

Sultan Ibrahim lancar buku Kembara Mahkota Johor 2001-2018

 
     

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel